Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme note 60x

realme Note 60x Dilancar, Telefon Tahan Lasak Pada Harga RM369

Diterbitkan Januari 8, 2025 oleh Amsyar Latif

realme sekali lagi mengejutkan pasaran dengan pelancaran telefon pintar terbaru mereka, realme Note 60x berharga RM369 sahaja. Meskipun berada dalam segmen telefon pintar kelas permulaan, Note 60x tampil dengan ciri-ciri yang baik.

Dilengkapi dengan perlindungan ArmorShell dan ketahanan IP54, Note 60x tahan terhadap air percikan dan habuk, menjadikannya pilihan sesuai untuk penggunaan harian. Bateri berkapasiti 5000mAh mampu bertahan sehingga 48 hari dalam mod standby, dengan jangka hayat sehingga 3 tahun.

Dari segi prestasi, Note 60x hadir dengan RAM dinamik sehingga 12GB (4GB+8GB dynamic RAM) dan storan dalaman 64GB. Paparan 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, ditambah dengan mod mesra mata untuk keselesaan pengguna.

realme note 60x spec

Rekaan Note 60x tampil dengan ketebalan 7.84mm dan berat 187g. Tersedia dalam dua pilihan warna menarik – Wilderness Green dan Marble Black, telefon ini menampilkan tekstur unik hasil proses litografi nano.

Berbekalkan cip UNISOC T612 dan sistem operasi realme UI berasaskan Android 14, Note 60x menawarkan pengalaman pengguna yang responsif dan efisien. Lain-lain seperti kamera belakang 8MP, kamera swafoto 5MP, ciri-ciri Rainwater Smart Touch dan Mini Capsule 2.0 melengkapkan telefon pintar ini.

Bersempena kehadirannya, realme menawarkan 1 tahun waranti tambahan bagi pembelian Note 60x.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Siri realme Note 50, 12, 13 Dan GT 6 Kini Turun Harga
  • realme C75 Dengan Penarafan IP66/68/69 Dijual Pada Harga RM699
  • Diskaun Sehingga 57%, Ini Senarai Peranti realme Ada Diskaun Sempena Tahun Baru Cina

Sumber: siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY