realme memperkenalkan realme C75, telefon pintar dengan cip Helio G92 Max ini hadir dengan penarafan IP66, IP68, dan IP69 untuk ketahanan ekstrem yang turut dilengkapi 8GB RAM Dinamik dan storan besar 256GB, menjadikannya peranti yang tahan lasak dan berprestasi tinggi.
Menurut realme, siri C75 ini menjadi telefon pintar pertama dalam segmennya yang diiktiraf dengan Sijil Rugged Smartphone TÜV Rheinland dan lulus ujian ketahanan MIL-STD 810H.
Dengan teknologi ArmorShell Design dan ArmorShell Glass, peranti ini tahan hentakan serta mempunyai 360° ultra-shock resistance. Sokongan teknologi SonicWave Water Ejection turut memastikan pembesar suara kekal berfungsi walaupun selepas terkena air.
Dengan kapasiti bateri 6000mAh, peranti ini menawarkan sehingga 24 hari waktu siap sedia dan mampu dicas penuh dalam masa 90 minit sahaja dengan pengecasan pantas 45W. Hanya 5 minit pengecasan sudah cukup untuk 3 jam waktu panggilan. Ia juga menyokong pengecasan berbalik, menjadikannya lebih fleksibel untuk kegunaan harian.
realme C75 menampilkan paparan 1080P FHD yang tajam dan lancar dengan kadar segar semula 90Hz. Ciri tambahan seperti pengurangan cahaya biru, mod tekstur kertas, dan kecerahan minimum 3 nits memberikan pengalaman tontonan lebih selesa, terutama dalam keadaan cahaya rendah.
Walaupun tahan lasak, realme C75 kekal bergaya dengan rekaan Nature Power Design dalam pilihan warna Lightning Gold dan Storm Black. Ketebalan hanya 7.99mm dan berat 196g memberikan keseimbangan sempurna antara ketahanan dan keselesaan.
Dengan ciri pintar seperti Mini Capsule 3.0 untuk notifikasi pantas, AI Smart Loop untuk interaksi aplikasi lancar, dan AI Clear Face untuk potret lebih jelas, realme C75 menetapkan standard baharu dalam segmen telefon pintar tahan lasak.
realme C75 boleh didapati pada harga RM699 melalui kedai rasmi realme, pengedar sah, serta platform Shopee, Lazada dan TikTok Store.
{suggest}
Sumber: Siaran media realme