Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme & Haidilao Malaysia Sambut Tahun Baru Cina 2025 Dengan Kempen Istimewa

realme & Haidilao Malaysia Sambut Tahun Baru Cina 2025 Dengan Kempen Istimewa

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Sempena Tahun Baru Cina 2025, realme Malaysia bekerjasama dengan Haidilao Malaysia untuk melancarkan kempen istimewa bertemakan “Season of Thanksgiving.” Kempen ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan rasa syukur, menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghargai detik bermakna bersama orang tersayang.

Bersempena dengannya, realme mengadakan aktiviti menarik sepanjang bulan ini.

Aktiviti Menarik Kempen realme x Haidilao

Kotak Hadiah Edisi Terhad Tahun Baru Cina

Berpeluang memenangi kotak hadiah istimewa yang mengandungi Haidilao Delivery Electrical Hotpot, kuah sup hotpot, set alatan makan eksklusif, angpau, dan pelekat. Ikuti media sosial rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut.
Tempoh: 14 – 18 Januari 2025

Cabutan Bertuah Blind Box

Belanja RM199 ke atas dalam satu resit di cawangan Haidilao terpilih untuk menyertai cabutan bertuah. Hadiah termasuk realme 13 Pro+ 5G, realme Watch S2, realme Buds Air 6, baucar Haidilao, power bank, dan banyak lagi.
Tempoh: Sekarang hingga 20 Januari 2025

Makan dan Menang Telefon Pintar realme

Dengan perbelanjaan RM199 ke atas dalam satu resit, sertai peraduan media sosial untuk peluang memenangi hadiah seperti realme 13 Pro+ 5G dan realme Watch S2. Maklumat lanjut akan dikongsi di platform rasmi Haidilao Malaysia.
Tempoh: Sekarang hingga 20 Januari 2025

Cawangan Terlibat

Antara cawangan Haidilao yang terlibat termasuk One Utama, Sunway Velocity, IOI City Mall Putrajaya, Pavilion Bukit Jalil, Queensbay Mall, dan Vivacity Megamall.

Bagi yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mengunjungi cawangan realme yang terlibat.

Berkaitan

  • Bateri 7,000mAh Masih Kecil, realme Mungkin Sedang Bangunkan Bateri 8,000mAh
  • realme C75 Dengan Penarafan IP66/68/69 Dijual Pada Harga RM699
  • realme Note 60x Dilancar, Telefon Tahan Lasak Pada Harga RM369

Sumber: siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY