Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bateri 7,000mAh Masih Kecil, realme Mungkin Sedang Bangunkan Bateri 8,000mAh

Bateri 7,000mAh Masih Kecil, realme Mungkin Sedang Bangunkan Bateri 8,000mAh

Diterbitkan Disember 10, 2024 oleh Rushsyafizal

realme dan beberapa jenama lain seperti iQOO, Redmi, dan OnePlus kini sedang merancang untuk melancarkan telefon pintar dengan bateri bersaiz besar, termasuk 7,000mAh dan 8,000mAh.

Bateri 7,000mAh Masih Kecil, realme Mungkin Sedang Bangunkan Bateri 8,000mAh

Menurut maklumat terkini daripada Digital Chat Station (DCS), inovasi ini sedang melalui fasa pembangunan dan mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

realme dikatakan sedang mempertimbangkan pelancaran telefon pintar dengan bateri 8,000mAh, tetapi projek ini masih berada di peringkat pengesahan. Jika direalisasikan, ia bakal menjadi antara telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar di pasaran.

Bateri 7,000mAh Masih Kecil, realme Mungkin Sedang Bangunkan Bateri 8,000mAh

Selain itu, iQOO dijangka memperkenalkan telefon dengan bateri 7,000mAh pada 2025. Peranti ini dilengkapi dengan paparan rata 2K LTPS Samsung dan sensor cap jari ultrasonik. Bagaimanapun, butiran mengenai model Redmi dan OnePlus dengan bateri serupa masih belum didedahkan.

Baru-baru ini, iQOO melancarkan iQOO 13 dengan bateri 6,000mAh, manakala realme GT 7 Pro pula menawarkan bateri 5,800mAh di pasaran global. Versi telefon di China selalunya hadir dengan bateri lebih besar, seperti iQOO 13 (6,150mAh) dan realme GT 7 Pro (6,500mAh).

Namun, saiz bateri global sering berbeza kerana faktor seperti peraturan atau reka bentuk. Telefon seperti realme Neo 7, yang menampilkan bateri 7,000mAh, juga dijangka memasuki pasaran global tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM3,999
  • Zotac Gaming Zone Dijual Pada Harga RM3,899
  • Reddit Answers - Ciri Baharu AI Untuk Mencari Jawapan Di Reddit
  • Xiaomi YU7, SUV Elektrik Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY