Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 8 Pro Malaysia_1

realme GT 8 Pro Bakal Tiba 24 November, Prapesan Kini Dibuka

Diterbitkan November 12, 2025 · Dikemas kini November 12, 2025 oleh Amalina Athman

realme Malaysia kini mengesahkan telefon pintar andalan terbarunya, GT 8 Pro, akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 24 November 2025.

Secara ringkas, GT 8 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, paparan 2K, kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksimum 7,000 nit.

realme GT 8 Pro Malaysia_2
realme GT 8 Pro Malaysia_3

Kameranya menampilkan lensa periskop 200MP yang dibangunkan bersama RICOH, serta modul kamera boleh tanggal yang menawarkan tiga pilihan bentuk sama ada bulat, segi empat dan satu rekaan unik menyerupai wajah robot.

Di bahagian dalam, ia dimuatkan kapasiti bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W dan pengecasan wayarles 50W. Peranti ini turut menyokong penarafan IP66, IP68 dan IP69, serta menjalankan realme UI 7.0 berasaskan Android 16.

realme GT 8 Pro Malaysia_6

Seiring pengumuman tarikh pelancaran, prapesan untuk realme GT 8 Pro dan GT 8 Pro Dream Edition turut dibuka sehingga 28 November 2025, dengan deposit RM50.

Prapesan GT 8 Pro menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,197 termasuk rebat RM200, realme Watch 5, Detachable Camera Decoration Protective Cover Set serta lanjutan waranti setahun. Bagi GT 8 Pro Dream Edition, hadiah bernilai RM998 merangkumi rebat RM200, realme Watch 5 dan lanjutan waranti setahun.

realme GT 8 Pro Malaysia_5
realme GT 8 Pro Malaysia_4

Bagi mengetahui harga jualan GT 8 Pro, nantikan pengumuman rasmi semasa pelancaran hujung November ini.

Berkaitan

  • realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH
  • realme 15T Kini Rasmi - Dimensity 6400 Max, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1199
  • realme Lancar UI 7.0 Berasaskan Android 16, Hadir Dengan Reka Bentuk Moden Dan Fungsi AI Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY