Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Lancar UI 7.0 Berasaskan Android 16, Hadir Dengan Reka Bentuk Moden Dan Fungsi AI Pintar

realme Lancar UI 7.0 Berasaskan Android 16, Hadir Dengan Reka Bentuk Moden Dan Fungsi AI Pintar

Diterbitkan November 6, 2025 oleh ainabatrisyia

realme kini memperkenalkan realme UI 7.0, antara muka terbaharu berasaskan Android 16 yang hadir dengan rekaan lebih moden serta pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Model realme GT8 Pro, yang bakal dilancarkan di Malaysia pada November ini, akan menjadi telefon pertama menggunakan sistem ini.

Dari segi rekaan, UI 7.0 memperkenalkan konsep Light Glass Design yang memberikan paparan lebih lembut dan moden. Ikon turut digantikan dengan Ice Cube Icons berbentuk 3D, menjadikannya lebih hidup dan dinamik.

Bahagian Control Center kini menampilkan rekaan lut sinar dikenali sebagai Misty Glass, manakala Breathing Dock menyusun semula elemen antara muka agar lebih kemas dan tersusun.

realme ui

Untuk pengalaman penggunaan yang lebih peribadi, Flux Theme 2.0 membolehkan pengguna memilih saiz teks besar, tema Always-On Display (AOD) yang boleh diubah suai, serta menyokong Live Photos dan video wallpaper berasaskan AI.

Pengguna juga boleh menyesuaikan animasi cap jari, gaya ikon, serta paparan lock screen mengikut cita rasa sendiri.

Ciri AI Notify Brief membantu meringkaskan notifikasi tidak penting dengan kemas kini pagi dan petang, sementara AI Framing Master memberi panduan mengambil gambar dengan komposisi profesional.

Menariknya, realme UI 7.0 kini menyokong sambungan ke iPhone dan Apple Watch, membolehkan panggilan, mesej dan data kesihatan diselaraskan secara terus.

Tambahan lain termasuk AI Gaming Coach yang menyesuaikan prestasi permainan, serta Flux Engine yang meningkatkan kelancaran sistem sehingga 29% walaupun ketika multi-tugas berat.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • realme 15T Kini Rasmi - Dimensity 6400 Max, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1199
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY