Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 15T_1

realme 15T Kini Rasmi – Dimensity 6400 Max, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1199

Diterbitkan Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

realme secara rasmi hari ini melancarkan telefon pintar terbarunya, realme 15T 5G, untuk pasaran tempatan.

realme 15T 5G menampilkan skrin AMOLED 6.57-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 4,000 nit.

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6400 Max 5G bersama konfigurasi memori sehingga 12GB RAM LPDDR4x dan storan 256GB.

realme 15T_3

Dari segi kamera, sistem dwi kamera depan dan belakang 50MP dengan teknologi MagicGlow mampu merakam gambar terang dan semula jadi. Sebagai sebahagian daripada siri realme 15, model ini turut dilengkapi ciri AI Edit Genie, iaitu fungsi penyuntingan gambar melalui kawalan suara.

realme 15T_2

Di bahagian dalam, realme 15T dibekalkan kapasiti bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W.

realme 15T_6
realme 15T_5

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Flowing Silver dan Suit Titanium. Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, NFC, serta penarafan IP66, IP68 dan IP69.

Harga dan ketersediaan

realme 15T hadir dalam dua varian memori iaitu 8GB + 256GB dengan harga RM1,199 dan 12GB + 256GB berharga RM1,299.

15T KV

Peranti ini boleh didapati di semua realme Brand Store, pengedar sah serta kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga tersedia melalui rakan telco seperti Maxis, U Mobile dan redOne.

Setiap pembelian realme 15T disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM518 termasuk realme Buds T200 Lite, rebat RM100 dan jaminan tambahan selama satu tahun.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Siri realme 15 Kini Rasmi - Rakaman 4K, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1499
  • realme 15 Pro Game of Thrones Edisi Terhad Dilancar Pada Harga RM2,499
  • realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY