Selain itu, realme X2 Pro Master Edition Red Brick yang muncul buat pertama kalinya bagi platform dalam talian, habis dijual pada hari pertama jualan. Berdasarkan jualan selama tiga hari tersebut, realme 5 Pro sekali lagi menjadi produk yang mencapai jumlah jualan tertinggi.

Terdahulu, realme memilih untuk bekerjasama dengan pereka produk terkenal Naoto Fukasawa untuk melancarkan realme X2 Pro Master Edition Red Brick yang diinspirasikan dari tekstur bata merah. Bagi pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM2399 bagi 12GB RAM dan 256GB storan. realme X2 Pro Master Edition dikuasakan dengan cip Snapdragon 855 Plus serta skrin Super AMOLED.
Bagi realme 5 Pro yang mempunyai 8GB RAM dan 128GB storan, ia dikuasakan dengan cip 712 AIE, pemproses 2.3GHz octa-core, yang juga dikenali sebagai generasi ketiga AI Engine. realme 5 Pro didatangkan dengan warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Ia juga dilengkapi dengan quad kamera iaitu ultra sudut-lebar (8MP), kamera utama 48MP Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP) serta kamera hadapan 16MP.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini juga, anda boleh mendapatkan realme 5i dengan CNY Gift Box pada harga RM599 bermula 28 Januari 2020 hanya di Lazada. Bagi penggemar TWS, anda juga boleh mendapatkan realme Buds Air dengan harga RM199 bermula 21 Januari 2020 di Shopee.
Berkaitan
- realme Umum Barisan Produk Baharu Di IFA 2020
- 6000 Unit realme Buds Q Habis Terjual Dalam Tempoh 34 Minit
- realme C55 Akan Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan
- Les' Copaque Production Kini Saluran YouTube Pertama Di Malaysia Dengan 10 Juta Langganan
- realme Umum Pengecasan 125W UltraDart, Pengisian 33% Bateri Dalam Tempoh 3 Minit
- Siri iPhone 15 Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia
- Video Trailer Realmeow Diperlihatkan, realme Dijangka Perkenal Produk Baharu Pada 15 Disember Ini
- Starlink Kini Boleh Tawarkan Perkhidmatan Internet Satelit Di Malaysia
- ASUS ROG Phone 3 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999
- Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri