Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh

realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan Ogos 14, 2020 · Dikemas kini Ogos 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Siri realme C kini dilihat semakin rancak dimana realme telah melancarkan realme C12. Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran Indonesia, rekaan mirip seperti realme C15 tetapi dengan spesifikasi lebih rendah dibeberapa bahagian.

realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh

Selain berkongsi rupa paras luaran, sebahagian spesifikasi yang didatangkan pada realme C12 adalah sama seperti realme C15. Antaranya ialah panel IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+, takut kecil, sensor imbasan pada bahagian belakang, bateri 6000mAh dan cip MediaTek Helio G35.

realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh

Perbezaan antara “dua adik-beradik” ini pula ialah kamera selfie hanya 5MP, dan rakaman belakang realme C12 cuma diberikan dengan sistem tiga kamera, 13MP, 2MP depth dan 2MP makro. Ia tidak mempunyai kamera ultra lebar seperti realme C15.

Satu lagi perbezaan ketara adalah keupayaan pengecasan dimana realme C12 hanya mempunyai sokongan 10W sahaja, tidak seperti realme C15 dengan 18W.

Ia turut ditawarkan dengan satu konfigurasi memori iaitu RAM 3GB dan storan 32GB. Jualan di Indonesia akan bermula pada 16 Ogos ini pada harga IDR 1,899,000 iaitu sekitar ~RM534 mengikut tukaran matawang semasa. Sekiranya ia dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia, adakah realme C12 ini akan menjadi pilihan anda?

Sumber: realme Indonesia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY