Seiring dengan harga yang ditawarkan, peranti ini mempertaruhkan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding realme C11. Ia hadir dengan skrin paparan 6.5 inci IPS LCD HD+. Terdapat takuk kecil pada bahagian hadapan yang memuatkan kamera hadapan 8MP.
realme C15 dijana cip pemproses Helio G35 yang digandingkan dengan konfigurasi 3GB RAM + 64GB dan 4GB RAM + 64GB. Untuk penambahan storan, ia turut menyokong slot kad mikroSD.
Pada bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan empat kamera iaitu 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP lensa retro.
Dari segi janaan kuasa, ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6,000mAh. Turut menyokong adalah pengecasan pantas 18W menerusi sambungan kabel mikroUSB. realme C15 menjalan Realme UI yang berasaskan sistem operasi Android 10.
Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Seagull Silver. Harga realme C15 bagi model 3GB+64GB adalah IDR 1,999,000 (~RM584), sementara model 4GB+64GB berharga IDR 2,199,000 (~RM642). Ia dijangka akan hadir dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Berkaitan
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- Didakwa Menipu Markah Penanda Aras, realme GT Dibuang Dari Senarai AnTuTu
- realme Bakal Melancarkan Peranti Baharu Dalam Siri-C Tidak Lama Lagi
- realme V5 Sah Akan Dilancar Pada 3 Ogos, Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720
- realme V15 5G Kini Dilancarkan - Dilengkapi Cip Dimensity 800U, Kamera 64MP, Skrin Super AMOLED
- Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop
- realme X50 Pro 5G Akan Dilancar Di Malaysia Pada 6 Julai Ini
- realme UI 2.0 Diumumkan - Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
- realme C11 Yang Dijana Cip Helio G35 Akan Hadir Di Malaysia 30 Jun Ini
- realme C21 Mula Dijual Di Malaysia, Berharga RM499