Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C12 – Marine Blue

realme C12 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Berharga RM529

Diterbitkan Ogos 25, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 25, 2020 oleh Amalina Athman

realme Malaysia hari ini secara rasmi telah mengumumkan ketibaan ahli baharu dalam keluarga siri realme C iaitu realme C12 dalam pasaran Malaysia.

realme C12 – Coral Red

Menyentuh spesifikasi, realme C12 dilengkapi panel IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+. Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Untuk penambahan storan, realme C12 turut menyokong slot kad SD sehingga 256GB.

Pada bahagian belakang, peranti ini dimuatkan dengan sensor imbasan cap jari serta tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 13MP utama, 2MP depth dan 2MP makro. Selain itu, realme C12 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh serta menyokong pengecasan 10W menerusi port micro-USB.

harga realme c12

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Coral Red. Untuk pasaran Malaysia, realme C12 ditawarkan dalam pakej Long Live Music Bundle berharga RM529. Menariknya, pakej ini didatangkan bersama realme Buds Classic (RM59). Jualan pertama telah tersedia bermula hari ini, 25 Ogos 2020 dan boleh didapatkan menerusi Lazada.

harga realme c12
harga realme c12

Selain itu, pembelian juga boleh dilakukan menerusi realme Brand Store atau pengedar yang sah seluruh negara bermula 31 Ogos 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY