Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme buds

realme Buds Air7 Pro Dengan Sokongan Gemini AI Dilancarkan Pada Harga RM369

Diterbitkan Mei 27, 2025 · Dikemas kini Mei 27, 2025 oleh ariff bukhari

Bersama dengan pelancaran siri realme GT 7, turut dilancarkan adalah fon telinga baharu, realme Buds Air7 Pro dengan pembantu Gemini AI yang menampilkan ciri seperti AI Live Translator (terjemahan bahasa secara masa nyata), Face-to-Face Translator, dan AI Inquiry.

Buds Air7 Pro juga menawarkan pengalaman audio berkualiti dengan pemacu Dual-DAC 11+6mm yang menyokong audio beresolusi tinggi (Hi-Res) serta ketahanan bateri sehingga 48 jam.

Ia juga dilengkapi dengan pembatalan hingar 53dB dan 6-mikrofon AI Deep Noise Cancellation, serta reka bentuk Aviation Aluminium untuk memberikan sentuhan premium.

realme buds
WhatsApp Image 2025-05-27 at 17.40.41
realme turut meluaskan aksesori mereka dengan pelancaran Magnetic Cooling Clip. Dikuasakan oleh kipas tujuh bilah berkelajuan tinggi bagi menurunkan suhu telefon sehingga 32°C.

realme Buds Air7 Pro ditawar pada harga istimewa untuk masa terhad pada harga RM369 dari 27 Mei hingga 30 Jun 2025.

Beli barisan aksesori realme dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmq6a3
  • Lazada – https://invl.me/clmq69w

Berkaitan

  • realme GT 7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Dilancarkan Berharga RM3,699
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY