Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 6i

realme 6i Terjual Lebih 1000 Unit Pada Hari Pertama Jualan

Diterbitkan April 23, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui One Day Flash Sale yang berlangsung hari ini di kedai e-dagang rasmi Shopee, realme telah merekodkan lebih 1000 unit jualan realme 6i dengan 3GB RAM dan ruang simpanan 64GB.

realme 6i yang baru dilancarkan pada 16 April lalu telah dijual dengan harga promosi RM599 berbanding harga asal yang ditawarkan iaitu RM699.

realme 6i

Walaupun telah habis terjual, realme kini telah menambah stok unit realme 6i dalam kuantiti yang terhad. Peranti ini dijana oleh cip Helio G80 dan hadir dengan dua varian warna iaitu White Milk dan Green Tea.

Dalam pada itu, dua lagi produk realme yang masih tersedia semasa Flash Sale ini berlangsung termasuk realme Buds Air yang dijual pada harga promosi RM199 (RP: RM299) dan realme Buds 2 dengan warna baru iaitu oren yang dijual pada harga RM49.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY