Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 5i Dilancarkan – Kuad Kamera, Snapdragon 665 Dan Bateri 5000mAh

realme 5i Dilancarkan – Kuad Kamera, Snapdragon 665 Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan Januari 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Ingatkan model dalam realme berhenti setakat realme 5S sahaja. Rupa-rupanya, ada lagi. Model terbaharu dalam siri tersebut, realme 5i telah dilancarkan di Vietnam hari ini dengan membawakan spesifikasi hampir sama dengan realme 5.

Melihat kepada spesifikasi realme 5i, ia dilihat sebagai realme 5 yang lebih murah. Spesifikasi utamanya sama sahaja namun berbeza dari kamera swafoto. Kamera swafoto realme 5i menggunakan sensor 8MP berbanding 13MP pada realme 5.

Terdapat kuad kamera dengan 12MP utama, 8MP ultralebar, 2MP lensa makro dan juga 2MP depth.Realme 5i official

Untuk cip pemprosesan, ia menggunakan Snapdragon 665 dengan 2 pilihan konfigurasi memori – 3/32GB dan 4/64GB. Terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambahan storan.

Sebagai sebuah peranti kelas permulaan, peranti dimuatkan dengan skrin HD pada saiz paparan 6.5 inci dengan takuk kecil.

Peranti mempunyai bateri besar 5,000mAh yang dicas menggunakan pengecasan 10W. Namun, sayangnya ia masih menggunakan micro-USB.

realme 5i Dilancarkan – Kuad Kamera, Snapdragon 665 Dan Bateri 5000mAh

realme 5i menjalankan Color OS 6.1 berasaskan Android Pie. Fungsi lain yang terdapat termasuklah bicu 3.5mm dan juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Di Vietnam, ia dijual pada harga VND 3,700,000 (~RM652). Untuk pasaran Malaysia, harga masih belum diketahui namun menerusi Facebook realme Malaysia sendiri, peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Januari nanti.

Image may contain: text

Jika anda menantikan pilihan peranti dengan harga bajet, peranti ini mungkin kena dengan keperluan anda. Jadi, sama-samalah kita nantikan pelancaran realme 5i minggu hadapan.

Sumber: realme, Facebook realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY