realme secara rasmi hari ini mengumumkan kehadiran siri realme 15 untuk pasaran tempatan, terdiri daripada model realme 15 Pro 5G dan realme 15 5G.
realme 15 Pro 5G
Hanya setebal 7.79mm, realme 15 Pro menampilkan skrin 6.8-inci HyperGlow 4D Curve+ dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksimum 6500nit.
Peranti ini dijana cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama 12GB RAM LPDDR4x dan storan sehingga 512GB UFS 3.1.
Untuk fotografi, realme 15 Pro dilengkapi tiga kamera 50MP yang terdiri daripada kamera utama 50MP Sony IMX896 OIS, 50MP ultra lebar dan 50MP swafoto, dengan keupayaan rakaman video 4K60fps pada ketiga-tiga lensa.
Dengan AI Edit Genie, peranti ini membolehkan suntingan imej melalui kawalan suara.
Bateri berkapasiti 7,000mAh menyokong pengecasan pantas 80W melalui port USB Type-C. Antara ciri lain termasuk GT Boost, AI Party Mode, sambungan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 serta menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.
realme 15 Pro ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Velvet Green dan Flowing Silver.
realme 15 5G
realme 15 hadir dengan skrin AMOLED 6.77-inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan maksimum 4,500nit.
Peranti ini menggunakan cip MediaTek Dimensity 7300+. Hanya satu varian storan yang tersedia, iaitu 256GB UFS 3.1 bersama 12GB RAM LPDDR4x.
Untuk kamera, realme 15 dilengkapi 50MP Sony IMX882 utama dan 8MP ultra lebar. Sementara bahagian hadapan menempatkan 50MP kamera swafoto.
realme 15 turut menyokong rakaman video 4K untuk kamera hadapan dan belakang, tetapi pada kadar bingkai 30fps sahaja.
Sama seperti versi Pro, model ini dimuatkan kapasiti bateri 7,000mAh dengan pengecasan 80W, bersama sokongan AI Edit Genie, AI Party Mode, sambungan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, dan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.
Dua pilihan warna tersedia iaitu Silk Pink dan Suit Titanium.
Harga dan ketersediaan
realme 15 ditawarkan pada harga RM1,499. Sementara realme 15 Pro pula diletakkan pada tanda harga RM1,799 untuk varian 12GB+256GB dan RM2,099 bagi 12GB+512GB.
Prapesan dibuka bermula hari ini melalui realme Brand Store, pengedar sah serta secara dalam talian di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
{suggest}