Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
15 Series Pre-order

realme 15 Pro Bawa Tiga Kamera 50MP Dan 4K60fps

Diterbitkan September 12, 2025 · Dikemas kini September 12, 2025 oleh Amsyar Latif

realme bakal memperkenalkan siri realme 15 pada 18 September dengan penawaran kamera berkonsep 3-dalam-1: fotografi setaraf profesional, rakaman video sinematik, dan 2K Live Photo yang menggabungkan gambar serta emosi video dalam satu kenangan hidup.

Model utama, realme 15 Pro, hadir dengan sistem tiga 50MP ultra-clear – sensor utama Sony IMX896, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera hadapan 50MP. Ia menjanjikan hasil lebih jelas untuk landskap malam, rakaman suasana jalanan, mahupun swafoto.

Image 2

Bagi pencipta kandungan, realme 15 Pro menyokong rakaman 4K60fps pada semua tiga lensa. Sama ada vlogging di konsert, rakaman perjalanan atau aksi pantas, hasilnya lebih stabil dan berkualiti tinggi.

Image 1

Ciri AI Party Mode membantu menghasilkan potret terang dan berwarna dalam keadaan pencahayaan mencabar, lengkap dengan kesan cahaya dan tanda air kreatif yang menyerlahkan suasana parti.

Prapesan dibuka dari 18 hingga 27 September 2025 di realme Brand Stores seluruh negara dengan deposit RM20. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,346, termasuk realme Buds T200 Lite, realme ice tumbler, rebat RM100, jaminan tambahan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 1 tahun.

Berkaitan

  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • realme Perkenal Peranti Konsep Dengan Bateri 15,000mAh, Kipas Mini Terbina
  • Siri realme 15 Dilancar 18 September, Telefon 7000mAh Paling Nipis Dalam Kelasnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY