Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 15

Siri realme 15 Dilancar 18 September, Telefon 7000mAh Paling Nipis Dalam Kelasnya

Diterbitkan September 12, 2025 oleh Amsyar Latif

realme bakal melancarkan siri realme 15 pada 18 September, memperkenalkan realme 15 Pro sebagai “AI Party Phone” dengan gabungan reka bentuk bergaya dan ketahanan bateri luar biasa.

Model ini hadir dengan bateri 7000mAh tetapi hanya setebal 7.79mm dan seberat 187g, menjadikannya antara telefon paling nipis dalam segmennya yang menawarkan kapasiti sebesar ini. Ia direka ringan, mudah disimpan dalam poket, namun masih mampu memberikan penggunaan sepanjang hari.

Dari segi reka bentuk, realme 15 Pro diinspirasikan daripada tekstur fesyen mewah dengan kemasan seperti sutera dan kulit, ditawarkan dalam pilihan warna Flowing Silver dan Velvet Green.

Ia turut dilengkapi Pulse Light, jalur cahaya pintar yang boleh disesuaikan untuk notifikasi, panggilan, muzik, malah berfungsi dengan kamera dan mod GT untuk pengalaman lebih interaktif.

Berkaitan

  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • realme Perkenal Peranti Konsep Dengan Bateri 15,000mAh, Kipas Mini Terbina
  • realme Note 70 Dilancarkan - Bateri 6300mAh, Harga RM449

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY