Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 14 5G 1

realme 14 Dan realme 14 Pro 5G Dilancarkan, Telefon ‘Gaming’ Mesra Bajet Terbaru

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh ariff bukhari

realme sebentar tadi telah melancarkan realme 14 dan realme 14 Pro 5G untuk pasaran Malaysia.

Memfokuskan peminat permainan mudah alih di telefon pintar, realme 14 5G dan realme 14 Pro dilancarkan sebagai peranti gaming bajet dengan spesifikasi mantap pada harga berpatutan.

realme 14 5G menjalankan realme UI 6.0 (Android 15) dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang hadir dalam varian  RAM 8GB dan 12GB serta storan 256GB.

Ia menggunakan skrin AMOLED 6.67” FHD+, 120Hz, 1500 nits dan dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Dari aspek kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP + 2MP dan Swafoto 16MP.

realme 14

realme 14 Pro dikuasakan cip Dimensity 7300 Energy dan dengan skrin OLED 6.77” FHD+ serta kadar segar 120Hz, 1500 nits.

Ia ditawar dalam varian RAM 12GB dengan storan 256GB dan RAM 12GB dengan storan 512GB. Kapasiti baterinya juga 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W

Untuk kamera pula, ia menggunakan sensor Sony IMX882 OIS 50MP S + 2MP Monokrom serta kamera depan 16MP.

realme 14 Pro

realme 14 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,199, manakala realme 14 Pro pula bermula dari RM1,499.

WhatsApp Image 2025-04-15 at 16.45.25 (1)
WhatsApp Image 2025-04-15 at 16.45.26

Beli realme 14 5G dan realme 14 Pro dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmnh6y
  • Lazada – https://invl.me/clmnh76

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Huawei Akan Fokuskan Infrastruktur 5G Ke-2 Di Semenanjung, ZTE Di Sabah Dan Sarawak - U Mobile
  • 2 Produk Audio Terbaru realme Tiba Di Malaysia Pada Harga Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY