realme 12 Pro+ 5G Guna Teknologi Lensa Periskop Setanding 'Flagship'

Hujung Januari lepas, realme memperkenalkan siri realme 12 yang mana dua model ditawarkan, iaitu realme 12 Pro dan realme 12 Pro+ 5G. Paling menarik kali ini adalah realme membawa lensa periskop untuk model kelas pertengahan.

Kita sedia maklum yang biasanya lensa periskop hanya ditawarkan buat barisan peranti andalan sahaja. Misalnya, siri iPhone 15 Pro, Samsung Galaxy S24 Ultra, vivo X100 Pro, OnePlus 12 dan banyak lagi.

Lensa periskop bukanlah sesuatu yang baharu dalam telefon pintar kerana Huawei P30 Pro adalah yang terawal menawarkannya pada tahun 2019. Kira-kira 5 tahun yang lepas.

Tahun ini dijangkakan lebih banyak peranti yang berlumba-lumba untuk memberikan yang terbaik pada lensa tersebut.

{suggest}

Namun, tidak semua orang mampu memiliki telefon dengan lensa periskop disebabkan model peranti sebegitu berharga RM3000 dan ke atas.

Oleh itu, realme seolah-olah memberi bayangan yang telefon kelas pertengahan pun mampu memberikan lensa periskop dan paling penting adalah pada harga yang mampu milik.



Imbas kembali, realme 12 Pro+ 5G hadir dengan 64MP lensa persikop yang menggunakan sensor 1/2" OV64B dan menawarkan 3x zum optikal, 6x in-sensor zum dan 120x zum digital.

Kata mereka, peranti tersebut mampu bersaing dengan model telefon andalan iPhone 15 Pro dan Xiaomi 13 Ultra. Malah, dikatakan lagi ia mempunyai teknologi sama dengan iPhone 15 Pro Max dan Samsung Galaxy S24 Ultra.



Adakah benar? Perkara ini perlu kami uji terlebih dahulu sama ada betul apa yang didakwa atau sebaliknya.

realme 12 Pro+ 5G berharga INR33,999 di India, iaitu lebih kurang RM1900 dan ia harga lebih kurang dengan model realme 11 Pro+ 5G.

Kami menjangkakan ia berkemungkinan tidak dijual pada harga sedemikian dan mungkin harganya sekitar RM2500 ke bawah. Namun, tidak mustahil juga jika realme berubah fikiran untuk "buang harga".

Apa-apa pun, kita nantikan pelancarannya di Malaysia kelak.

Beli produk realme di:

Shopee - https://invl.io/clkov73

Lazada - https://invol.co/clkov74