Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Diterbitkan Ogos 18, 2023 · Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh Firdaus

realme 11 Pro+ 5G adalah peranti utama dalam siri realme 11 Pro pada tahun ini. Siri tersebut menggantikan siri realme 10 yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

@wisermy

Mencari sebuah smartphone premium midrange, mungkin korang boleh pertimbangkan realme 11 Pro+ 5G. Dengan Harga rasmi RM 1,999 🔥 #wisermy #techtok #fypシ #malaysia #realme

♬ Barbie Dreams (feat. Kaliii) [From Barbie The Album] – FIFTY FIFTY

Peranti ini memang sesuai sangat untuk pembaca di luar sana yang mencari sebuah peranti berprestasi, kamera kompetitif, harga midrange dan dalam rekaan yang premium.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Dalam ulasan ini, saya akan menyentuh 3 aspek utama realme 11 Pro+ – prestasi penggunaan keseluruhan, rekaan dan kamera.

Bagi anda yang ada perancangan untuk membeli peranti ini, jom kita lihat apakah yang ditawarkan realme dalam peranti terbaru mereka ini.

Prestasi

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

realme 11 Pro+ 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 5G dan percaya cakap saya, tiada sebarang isu. Selama lebih 2 minggu telefon ini saya gunakan, prestasi yang diberikan seimbang, pantas, responsif dan tiada sebarang masalah.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Ketika bermain permainan mudah alih, peranti ini ada terasa panasnya tetapi ia adalah suam-suam sahaja walaupun saya biarkan atau main dalam jangka waktu yang lama.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Selain itu, peranti ini lebih daripada berkemampuan untuk mengendalikan sebarang tugasan tanpa sebarang masalah seperti menangkap gambar, mendengar lagu, menonton atau strim video, menyunting, kerja profesional mahu pun peribadi.

Di samping itu, prestasi pembesar suaranya juga boleh tahan apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaing yang lain dalam kelas pertengahan.

Dengan 5,000mAh bateri, sejujurnya peranti ini mempunyai ketahanan bateri yang cemerlang. Dalam kapasiti penuh, realme 11 Pro+ ini mampu memenuhi penggunaan, tugasan dan keperluan harian anda hinggalah ke malam sebelum perlu dicas semula.

Untuk dicas, peranti ini dilengkapi ciri SuperVOOC 100W. Secara purata ia memberikan prestasi pengecasan yang laju. Hal ini demikian kerana peranti ini mengambil masa purata sekitar 30 minit sahaja untuk dicas sebelum boleh digunakan sepenuhnya.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

realme UI 4.0 pula bagi pendapat saya sebuah OS yang memudahkan, menarik, lancar dan pelbagai pilihan customization untuk sesebuah peranti Android.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Secara amnya, OS yang digunakan realme 11 Pro+ 5G ini sama sahaja OnePlus Nord 3 yang pernah saya ulas sebelum ini. Jadi, dari segi penggunaan, ciri-ciri atau pilihan yang diberikan, anda tidak perlu risau.

Rekaan

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Agak sukar untuk saya menyediakan sebuah ruangan khas yang membicarakan rekaan sesebuah telefon pintar. Tetapi saya memilih untuk menyediakannya khas bagi realme 11 Pro+ 5G ini.

Dari segi prestasi keseluruhan, peranti ini boleh saya katakan tiada isu dan memang menjalankan apa-apa sahaja tugasan tanpa sebarang masalah.

Dan rekaan kulit vegan premium yang dibawakan realme pada peranti ini layak untuk saya puji dan hargai.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Untuk pengetahuan anda, siri realme 11 Pro ini menampilkan kemasan dan rekaan panel belakang hasil kolaborasi dengan bekas pereka fesyen jenama terkenal Gucci, Matteo Menotto.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Tidak mengejutkanlah apabila panel belakang peranti ini terasa begitu premium, mewah dan elegan. Selain itu, kemasan panel tersebut terasa sungguh berkualiti apabila disentuh dan rekaannya juga kelihatan cantik.

Peranti ini adalah salah satu peranti dengan rekaan lengkap kerana tidak perlu pakai casing pun masih cantik dan sedap dipegang.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Kamera

Secara keseluruhannya, prestasi kamera sesuai untuk tugasan menangkap gambar dan juga merakam video. Tetapi prestasinya itu tidak seperti yang saya ingini.

Untuk video, peranti ini tiada sebarang masalah dan saya sememangnya puji dan puas hati. Videonya dilengkapi ciri Ultra-Steady di mana ia mampu menghasilkan kualiti video yang lebih baik, stabil dan kurang gegaran.

Dari segi kamera pula, realme menawarkan pelbagai mod menarik yang patut dicuba dan digunakan oleh anda seperti miniature mode dan filter mode.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Mod mininya itu boleh saya katakan boleh tahan bagi sesebuah telefon pintar, sekiranya anda arif menggunakan mod tersebut, hasilnya pasti akan menjadi.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
Vivid Filter

Film Filter

Sementara itu, realme tawarkan pelbagai mod filter menarik seperti vivid, filem, cyberpunk dan banyak lagi. Sejujurnya, mod-mod ini sangat membantu bagi anda yang suka berkongsi gambar di media sosial tetapi tidak suka menyunting.

Hal ini demikian kerana mod ini memastikan gambar-gambar yang anda tangkap akan tersedia secara terus untuk dikongsikan.

Namun begitu, mod malam yang ditunjukkan peranti ini kurang memberangsangkan bagi pendapat saya. Hal ini demikian kerana perbezaan antara kamera biasa dan mod malam tidak ketara sanagat.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
Mod Malam

Perbezaan itu ada, saya tidak nafikan perkara itu. Namun, sekiranya perbezaan yang diberikan mod malam itu agak kurang bezanya, lebih baik saya menggunakan kamera biasa sahaja.

Selain itu, gambar Hi-Res yang dihasilkan juga cukup menarik kerana ia menghasilkan kualiti yang baik. Walaupun setelah di zum sedikit, kualiti masih jelas.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
Hi-Res

Tetapi, mod Hi-Res ini ada kebarangkalian gambar yang dihasilkan itu overexposed – di mana butiran subjek akan hilang pada gambar apabila kita zum lebih dekat.

Walau bagaimanapun, prestasi kameranya dalam mod lain tampak memuaskan dan boleh diterima seperti ultra-lebar, potret dan lain-lain.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Walaupun peranti ini ada isu dalam beberapa mod kameranya, tetapi itu tidak menunjukkan bahawa ia adalah sebuah peranti yang kurang kualitinya.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati
(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Hal ini disebabkan oleh isu-isu tersebut boleh dan mampu diselesaikan oleh realme melalui kemas kini pada masa akan datang

Kesimpulan

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

realme 11 Pro+ 5G adalah antara telefon baharu terbaik yang boleh anda pertimbangkan di pasaran ketika ini. Hal ini demikian kerana ia memberikan prestasi, kualiti dan pengalaman penggunaan yang seimbang daripada setiap aspek miliknya.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Tambahan lagi, peranti ini dikuasakan cip yang berkemampuan, skrin AMOLED lengkung yang cantik, rekaan premium, sistem operasi yang memudahkan, ketahanan dan pengecasan yang pantas serta kualiti kamera yang kompetitif dalam kelasnya.

(Ulasan) realme 11 Pro+ 5G – Fokus Fotografi Tapi Belum Memuaskan Hati

Benar bahawa terdapat isu dalam beberapa mod pada kameranya tetapi itu tidak cukup untuk menidakkan kualiti daripada aspek lain dalam peranti ini.

Di samping itu, isu atau perkara tersebut adalah bersifat boleh diselesaikan seperti yang saya nyatakan dalam ruang kamera sebelum ini.

{suggest}

Sekiranya realme meningkatkan dan menyelesaikan isu-isu pada kameranya, realme 11 Pro+ 5G berpotensi menjadi antara peranti yang lengkap dalam kelas pertengahan bawah RM2000.

Anda juga boleh menonton video ulasan realme 11 Pro+ 5G di platform YouTube Wiser.MY.

Beli realme 11 Pro+ 5G di Shopee: https://invl.io/cljlcb5

Beli realme 11 Pro+ 5G di Lazada: https://invol.co/cljlcbf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY