Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Sila, Router Gaming Untuk Gamers Oleh Razer

Razer Sila, Router Gaming Untuk Gamers Oleh Razer

Diterbitkan Oktober 4, 2018 · Dikemas kini Oktober 4, 2018 oleh Wiser MY

Razer sebagai jenama gaming yang tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi kini telah mempunyai produk router mereka sendiri. Diberi nama Razer Sila, router ini dijangka dapat memberikan prestasi yang mengkagumkan kepada pengguna mereka.

Router tri-band ini menawarkan 3 saluran:

  • 802. 11n 2.4GHz dengan kelajuan sehingga 400Mbps.
  • 802. 11ac 5GHz dengan kelajuan sehingga 1,733Mbps.
  • 802. 11ac 5GHz dengan kelajuan sehingga 866 Mbps.

Dilengkapi dengan enjin dipanggil “FasTrack” QoS, ia diharap dapat membantu router mengenal pasti permainan yang dimainkan pengguna dan membekalkan sumber data yang lebih kepada jenis permainan dan pada masa yang sama, mengekalkan sambungan data kepada peranti-peranti lain di dalam kawasan tersebut.

Razer Sila, Router Gaming Untuk Gamers Oleh Razer

Untuk kawasan yang lebih besar, beberapa unit Razer Sila boleh ditetapkan dalam rangkaian mesh sehingga 6000 kaki persegi. Untuk sambungan wayar, Razer Sila membekalkan tiga port LAN, satu port WAN, USB 2.0 dan juga satu USB 3.0.

Peranti ini sudah boleh didapati mulai 3 Oktober dan akan dijual dengan harga RM 1,249.00

Sumber: engadget, PC Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY