Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer USB 4 Dock

Razer Lancar Aksesori USB 4 Dock Baharu Berharga ~RM1,026

Diterbitkan November 19, 2024 ยท Dikemas kini November 19, 2024 oleh ariff bukhari

Razer menggantikan Thunderbolt 4 Dock terdahulu dengan versi terkini yang kini dikenali sebagai ‘USB 4 Dock’.

Walaupun tidak lagi menggunakan penjenamaan Thunderbolt 4, dok terbaru ini dilengkapi dengan lebih banyak sambungan pada harga yang lebih rendah.

Razer menyatakan, USB 4 Dock adalah sebuah dok berprestasi tinggi yang menawarkan pemindahan data pantas dan sokongan dwi-paparan 4K melalui satu kabel.

Razer USB 4 Dock 1
Razer USB 4 dock dilengkapi dengan pelbagai sambungan termasuk HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, USB A, USB C, dan juga menyokong pelbagai saiz kad SD.

Menurut Travis Furst, Ketua Notebook dan Aksesori di Razer, dok ini direka untuk memenuhi keperluan permainan intensif dan produktiviti tinggi, menjadikannya alat terbaik untuk pemain dan profesional.

Razer USB 4 Dock 2
Razer USB 4 Dock menyokong output paparan 4K 120Hz untuk satu monitor, sambil mengendalikan monitor 4K kedua pada 60Hz.

Razer USB 4 Dock menggunakan standard USB 4 terkini dengan kelajuan pemindahan hingga 40Gb/s, lapan kali ganda lebih pantas daripada USB 3.0.

Port USB-C nya juga menyokong penghantaran kuasa hingga 100W yang membolehkan ia mengecas komputer riba walaupun semasa sesi bermain atau kerja intensif.

Razer USB 4 Dock sudah berada di pasaran yang dijual pada harga USD229.99 (~RM1,026) dalam pilihan warna Hitam dan Merkuri.

Beli barisan produk Razer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clm0bts
  • Lazada – https://invol.co/clm0bui

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • iPhone 17 'Air' Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6
  • OPPO Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand, Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara - Canalys

Sumber: Razer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelanggan Spotify Berbayar Bakal Cecah 312 Juta, Pendapatan Turut Meningkat
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray
  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
©2026 WISER.MY