Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO FIND N3 FLIP – 4

OPPO Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand, Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara – Canalys

Diterbitkan November 19, 2024 ยท Dikemas kini November 19, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut laporan terkini Canalys, pasaran telefon pintar di Asia Tenggara meningkat 15% tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, dengan jumlah penghantaran mencapai 25 juta unit.

Menurut Canalys, OPPO mendahului penghantaran telefon pintar sebanyak 5.1 juta unit, membolehkan syarikat itu menguasai 21% bahagian pasaran di rantau ini pada suku ketiga yang dipacu oleh model peringkat permulaannya seperti A3x dan A3.

OPPO A3 KV

Samsung pula berada di tempat kedua dengan 16% bahagian pasaran, memberi tumpuan kepada segmen premium untuk meningkatkan harga jualan purata (ASP).

TRANSSION pula meraih tempat ketiga dengan 4 juta unit dengan 16% bahagian pasaran.

Manakala Xiaomi berada di kedudukan keempat dengan 3.9 juta unit (15% bahagian pasaran) yang banyak dibantu oleh kejayaan model seperti Redmi 14C.

Sementara vivo melengkapkan lima teratas dalam penguasaan pasaran telefon pintar di Asia Tenggara dengan 2.6 juta unit dan 10% bahagian pasaran.

pasaran telefon pintar asia tenggara q3 2024

Canalys dalam laporannya berkata, OPPO mendapat manfaat daripada kos pengaktifan yang tinggi untuk peranti 5G yang telah menjadikan pelancaran peranti 5G mampu milik mencabar.

OPPO yang memanfaatkan peluang ini didapati menguasai bahagian pasaran dengan barisan peranti 4G yang kompetitif dalam julat harga AS$175 hingga AS$250.

pasaran telefon pintar asia tenggara q3 2024 1

Secara keseluruhan, Canalys berkata, kejayaan OPPO itu membolehkan syarikat itu menguasai pasaran telefon pintar di rantau Asia Tenggara buat kali pertama menerusi suku tersebut.

pasaran telefon pintar asia tenggara q3 2024 2

Berkaitan

  • Siri OPPO Find X8 Sah Masuk Malaysia, Prapesan Kini Dibuka
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand

Sumber: Canalys Newsroom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY