Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ghost of Yōtei

Rasmi, Ghost of Yōtei Akan Dilancarkan Di PS5 Oktober Ini Dalam 3 Versi

Diterbitkan April 24, 2025 · Dikemas kini April 24, 2025 oleh ariff bukhari

Akhirnya, sekuel bagi judul permainan Ghost of Tsushima: Legends bertajuk ‘Ghost of Yōtei‘ diumumkan tarikh pelancarannya iaitu pada 2 Oktober 2025 akan datang.

Ghost of Yōtei berkisar seorang pahlawan baharu  bernama Atsu yang bangkit daripada abu kampung halamannya. Ia berlaku 300 tahun selepas peristiwa Ghost of Tsushima.

Dipenuhi dengan kemarahan dan keazaman, Atsu akan memburu mereka yang bertanggungjawab atas kematian keluarganya dan membalas dendamnya.

Ghost of Yōtei

Pra pesanan Ghost of Yōtei akan bermula pada 2 Mei 2025 dan akan ditawar dalam 3 versi berikut:

  • Edisi Standard (Cakera/Digital) – MYR 299
  • Edisi Deluxe Digital – MYR 339
  • Edisi Pengumpul – Harga akan diumumkan kemudian

Di samping pengumuman ini, treler terbaru Ghost of Yōtei, “The Onryō‘s List” turut dilancarkan hari ini.

Berkaitan

  • Rasmi, Siri Anime Ghost of Tsushima: Legends Akan Tiba Pada 2027
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • realme GT 7 Dilancarkan Di China, Lebih Ringan, Nipis Dan Mampu Milik

Sumber:  PlayStation.Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
©2026 WISER.MY