Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rasmi, DJI Osmo Action 5 Pro Dilancar Pada Harga Bermula RM1,799

Posted on September 20, 2024September 20, 2024

DJI hari ini mengumumkan kamera aksi terbaru, Osmo Action 5 Pro yang dilengkapi sensor 1/1.3”.

Osmo Action 5 Pro memberikan sehingga 4 jam penggunaan berterusan dengan satu bateri hasil daripada inovasi baharu  dengan cip 4nm penggunaan kuasa yang lebih rendah, bateri 1950mAh yang lebih besar dan algoritma DJI yang mengoptimumkan untuk penjimatan tenaga.

Bateri Osmo Action 5 Pro boleh memberikan 2 jam penggambaran daripada pengecasan 15 minit menggunakan Pengecas pantas USB-C DJI 30W.

Osmo Action 5 Pro kini menampilkan skrin sentuh  hadapan dan belakang yang lebih besar yang dinaik taraf dengan paparan kecerahan tinggi OLED sambil mengekalkan saiz badan kamera di mana nisbah skrin kepada badan meningkat sebanyak 16% daripada pendahulunya.

Ciri praktikal lain untuk prestasi yang dipertingkatkan pada Osmo Action 5 Pro ini termasuklah:

  • Storan Terbina dalam 47GB dengan kadar bit yang dioptimumkan lagi untuk saiz fail yang lebih kecil
  • Pemindahan Berkelajuan Tinggi sehingga 80MB/s melalui Wi-Fi 6.0 atau USB 3.0
  • Penstriman Langsung Wi-Fi disokong untuk pelbagai resolusi
  • Pre-Rec mula merakam beberapa saat sebelum rakaman rasmi bermula

Prapesan ke atas Osmo Action 5 Pro yang berharga dari RM1,799 ini sudah pun boleh dibuat di stor rasmi DJI di:

  • Shopee – https://invl.io/cllpnvs
  • Lazada – https://invol.co/cllpnvk

{suggest}

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress