Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bas rapid penang_anthony loke fb

Rapid Penang Akan Peroleh 75 Bas Elektrik Bermula Tahun Ini – Loke

Diterbitkan Januari 12, 2026 · Dikemas kini Januari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Pulau Pinang memasuki fasa baharu pengangkutan awam apabila Prasarana menerusi Rapid Bus akan menggantikan bas diesel Rapid Penang dengan bas elektrik secara berperingkat bermula tahun ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebanyak 75 buah bas bagi fasa pertama dijangka tiba dan beroperasi secara berperingkat bermula Mei tahun ini sehingga Mac 2027.

“Bas elektrik Rapid Penang pertama dijangka sampai pada bulan Mei. Fasa pertama melibatkan 75 bas elektrik yang akan diperkenalkan secara berperingkat sehingga Mac 2027,” katanya.

Sebagai persediaan peralihan, depoh Rapid Penang juga sedang dinaik taraf bagi menyokong infrastruktur pengecasan bas elektrik.

Memetik laporan Bernama, Loke berkata langkah itu selari dengan hala tuju Prasarana yang memberi tumpuan kepada penggunaan bas mesra alam bagi mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan Rapid Penang akan menerima baki 60 daripada 70 bas diesel bersaiz 8.9 meter secara berperingkat menjelang akhir Februari.

Ia melengkapkan sebahagian daripada 175 bas diesel kumpulan akhir daripada 310 bas diesel yang diperoleh Rapid Bus sejak Julai 2025 untuk pengoperasian di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Gambar utama: Facebook//Anthony Loke

Berkaitan

  • Pulau Pinang Akan Laksana Projek Percubaan Lorong Bas Bermula 19 November
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Prasarana Perkenal Mesin Kitar Semula Di Stesen LRT - Kumpul, Tebus Mata Ganjaran
  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY