Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
prasarana mesin kitar semula_

Prasarana Perkenal Mesin Kitar Semula Di Stesen LRT – Kumpul, Tebus Mata Ganjaran

Diterbitkan Disember 31, 2025 ยท Dikemas kini Disember 31, 2025 oleh Amalina Athman

Prasarana kini memperkenalkan penggunaan Reverse Vending Machine (RVM) atau mesin kitar semula di stesen-stesen LRT sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memperkukuh amalan kelestarian.

Antara mesin yang diperkenalkan ialah KLEAN, iaitu RVM berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menerima botol plastik dan tin. Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran melalui aplikasi mudah alih Klean, yang kemudian boleh ditebus kepada baucar rakan niaga terpilih seperti Zus Coffee, Grab dan Jaya Grocer.

Turut diperkenalkan ialah ATLAS ECOPOD yang menerima pengiktirafan Guinness World Record sebagai Mesin Kitar Semula Ternipis di Dunia. Mesin ini dipasangkan dengan mesin layan diri ATLAS Vending, membolehkan pengguna mengitar semula bekas minuman dan menerima ganjaran digital untuk ditebus di mesin layan diri bersebelahan.

Kedua-dua mesin ini dilengkapi sistem penjejakan data bagi memantau tahap penglibatan pengguna serta jumlah bahan kitar semula yang dikumpulkan, sekali gus menyokong pelaksanaan inisiatif kelestarian berasaskan data.

Setakat ini, sebanyak 16 unit RVM telah dipasang di fasiliti kendalian Prasarana, termasuk di Menara Prasarana dan ibu pejabat Rapid Bus.

Berkaitan

  • Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia
  • Selangor Lancar Mesin Kitar Semula Barangan Kepada Tunai Layan Diri
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Elakkan Guna Bekas Plastik Berwarna Hitam, Sukar Dikitar Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY