Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LORONG BAS Penang

Pulau Pinang Akan Laksana Projek Percubaan Lorong Bas Bermula 19 November

Diterbitkan November 14, 2024 · Dikemas kini November 14, 2024 oleh Amalina Athman

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rapid Penang akan melaksanakan projek percubaan lorong bas di sebahagian Jalan Penang dan Jalan Ria, bermula 19 November 2024 sehingga 19 Mei 2025.

Menurut MBPP, projek percubaan lorong bas ini merupakan projek rintis pertama di Pulau Pinang yang bertujuan memperkasakan pengangkutan awam, sekali gus menyokong Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di negeri itu.

Pelaksanaan projek percubaan lorong bas ini akan melibatkan sebahagian jalan-jalan berikut:

  • Jalan Penang (Chowrasta) – Simpang Jalan Penang/Lebuh Chulia sehingga Jalan Penang/Jalan Dr. Lim Chwee Leong (200 meter)
  • Jalan Ria – Simpang Jalan Ria/Jalan Dr. Lim Chwee Leong sehingga Jalan Ria/Jalan Magazine (200 meter)
  • Jalan Penang (Komtar Utara) – Simpang Jalan Penang/Jalan Magazine/Jalan Dato’ Keramat sehingga Jalan Penang/Jalan Burma (100 meter)

Operasi percubaan lorong bas adalah setiap hari, termasuk hari cuti kelepasan am. Waktu operasi bermula pada pukul 6.30 pagi – 9.00 pagi dan 4.30 petang – 8.00 malam.

Sementara kenderaan yang dibenarkan menggunakan lorong bas ini adalah bas awam, bas persiaran, teksi dan kenderaan kecemasan sahaja.

lorong bas penang_1

Sepanjang tempoh pelaksanaan itu, MBPP akan mendirikan papan tanda pemakluman di jalan yang terlibat dengan projek tersebut. Kon-kon keselamatan juga akan disusun di sepanjang lorong bas pada waktu pagi dan petang dan akan dikeluarkan selepas tamat waktu operasi.

Mengulas lanjut, MBPP berkata kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang telah menjejaskan tahap kecekapan perkhidmatan bas Rapid Penang, di mana bas mengalami kelewatan untuk sampai ke setiap perhentian bas atau terminal bas.

Dengan pelaksanaan projek percubaan lorong bas tersebut, ia dapat membantu mengurangkan masa perjalanan bas, terutamanya pada waktu puncak.

Selain itu, inisiatif berkenaan juga dijangka akan meningkatkan keselamatan penumpang yang menggunakan kemudahan pengangkutan awam, serta menarik minat orang ramai untuk beralih menggunakan pengangkutan bas.

Berkaitan

  • Pengguna Jambatan Pulau Pinang Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit
  • Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang
  • FLYsiswa Dijadikan Inisiatif Tahunan Kementerian Pengangkutan - Loke
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY