Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rapid KL Gabung Tiga Aplikasi Jadi Satu Platform Bermula November 2025

Rapid KL Gabung Tiga Aplikasi Jadi Satu Platform Bermula November 2025

Diterbitkan Oktober 23, 2025 oleh ariff bukhari

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan van Rapid KL On-Demand, bakal memperkenalkan aplikasi tunggal Rapid On-Demand yang menyatukan tiga aplikasi tempahan sedia ada iaitu Mobi, Trek Rides, dan Kummute bermula November 2025.

Langkah ini bertujuan memudahkan pengguna menempah perjalanan dengan lebih cepat, lancar dan bersepadu.

Dengan aplikasi baharu ini, pengguna tidak lagi perlu memuat turun aplikasi berasingan mengikut zon.

Proses tempahan kini lebih ringkas dan konsisten di semua kawasan liputan.

Selain itu, peluasan zon juga dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan kesalinghubungan dan capaian ke pelbagai destinasi tanpa perlu menukar perkhidmatan.

Rapid 3(1)

 

Sehubungan itu, pengguna sedia ada disyorkan untuk mengemas kini atau beralih kepada aplikasi baharu ini sebelum 1 November 2025.

Aplikasi Rapid On-Demand ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Pihak Rapid turut memaklumkan, promosi tambang RM1 masih diteruskan kepada semua pengguna.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco - Teo
  • ShopeePay Invest Diperkenalkan - 38 Dana, Pelaburan Serendah RM10

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY