Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis line

Maxis Didapati Sudah Mula Uji 5G

Diterbitkan Disember 5, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa pengguna Maxis berkongsi bahawa mereka menerima isyarat 5G pada peranti walaupun syarikat itu masih belum melancarkan rangkaian 5G mereka secara rasmi.

Ini menandakan penyedia perkhidmatan itu sedang menguji rangkaian 5G itu pada pengguna. Menurut Fahim, beliau menerima liputan itu pada peranti ASUS ROG Phone 6D ketika berada di Seremban hujung minggu lalu.

Selain itu, ada juga pengguna tempatan berkata iPhone juga secara tiba-tiba menerima isyarat 5G.

Yo @Maxis and @MaxisListens tengah test 5G ke kat Seremban? pic.twitter.com/x2xVGgnj3w

— 𝔽ahim ℤahar (@fahimzahar) December 4, 2022

Antara keenam-keenam syarikat gergasi telekomunikasi di Malaysia, hanya Maxis yang belum menandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB. Justeru, mereka masih tidak memberikan perkhidmatan 5G pada pelanggan.

Menurut kenyataan syarikat di laman web Bursa Saham Malaysia, ketersediaan 5G daripada mereka mungkin seawal Januari 2023.

Namun, dengan pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia, ada cakap-cakap yang meminta hak penyediaan 5G dipulangkan semula pada syarikat telekomunikasi.

Berkaitan

  • Maxis Membentuk Perikatan 5G Terbesar Di Malaysia
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Tersedia Menyokong 5G Malaysia, Kecuali iPhone
  • Celcom 5G Bermula Esok, Akses Percuma Kepada Pengguna Bagi Semua Pelan Ini
  • Rangkaian 5G Pada iPhone? Ini Jawapan U Mobile

Seperti semua tahu, pemborong tunggal 5G di Malaysia hari ini dipertanggungjawabkan pada Digital Nasional Berhad (DNB).

Dengan model single wholesale network (SWN), syarikat-syarikat telekomunikasi perlu menyewa infrastruktur daripada DNB untuk menyediakan rangkaian itu pada pelanggan.

Ia berbeza dengan 4G dan sebelum-sebelumnya yang mana syarikat telekomunikasi bebas membangun, menyedia dan menyewa infrastruktur mereka sendiri.

Sumber: Fahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY