Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

RAM DDR5 Buatan China Kini Mengisi Permintaan Memori Global

Diterbitkan Mei 12, 2026 ยท Dikemas kini Mei 12, 2026 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia tahu, industri memori kini sedang berdepan kekurangan bekalan akibat permintaan tinggi daripada pusat data AI.

Namun, ketika syarikat-syarikat terkemuka yang sudah lama dalam industri memori seperti Samsung, SK Hynix dan Micron sudah kehabisan memori, pengeluar DRAM dari China mula mengisi industri memori global.

Sebagai contoh, SINKER, anak syarikat Jiahe Jinwei di bawah jenama POWEV, telah pun mula menghasilkan modul DDR5 RDIMM 64GB secara besar-besaran untuk pusat data.

Produk DRAM buatan China ini menyokong kelajuan sehingga 5600 MT/s, dengan ciri perlindungan kuasa, ketahanan hentakan, serta pematuhan JEDEC (Joint Electron Device Engineering Council).

Selain RDIMM, syarikat itu turut menawarkan UDIMM dan SODIMM untuk komputer riba, desktop, sistem pendidikan, perubatan, kerajaan dan komersial.

Keadaan ini bukan sahaja memperkukuhkan lagi kedudukan China dalam pasaran memori, tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar luar.

Pengeluaran DRAM buatan China ini juga dijangka akan dapat membantu menstabilkan pasaran tempatan dan sekali gus turut menyokong pertumbuhan pesat pusat data AI.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya
  • VIBE Mobile, Perkhidmatan Mudah Alih Baharu Di Malaysia Akan Guna Rangkaian 4G Dan 5G U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY