Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ralat Perisian Boeing 737 MAX ‘Bukan Ancaman Keselamatan’ – FAA

Ralat Perisian Boeing 737 MAX ‘Bukan Ancaman Keselamatan’ – FAA

Diterbitkan Oktober 6, 2026 oleh ariff bukhari

Ralat perisian (software bug) yang menangguhkan pensijilan pesawat Boeing 737 MAX 10 di Amerika Syarikat tidak menimbulkan ancaman keselamatan, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada Jumaat selepas menjalankan siasatan.

Kerosakan teknikal (glitch) itu ditemui dalam kemaskini perisian kokpit bagi model pesawat tersebut dan boleh menyebabkan ciri navigasi automatik gagal berfungsi apabila pesawat mengubah pendekatan untuk mendarat.

 

“Susulan semakan menyeluruh, panel pakar keselamatan FAA pada Jumaat menentukan bahawa isu perisian dalam komputer penerbangan Boeing 737 MAX tertentu bukan satu ancaman keselamatan,” kata agensi pengawal selia AS itu dalam satu kenyataan.

Lembaga semakan FAA mencapai kesimpulan ini mengenai keselamatan ralat perisian tersebut “kerana juruterbang kekal memegang kawalan penuh ke atas pesawat dan petunjuk kepada anak kapal adalah jelas serta tidak mengelirukan.”

 

“Seperti mana-mana situasi, FAA akan mempertimbangkan tindakan bersesuaian sekiranya menerima maklumat baharu mengenai isu ini.”

Boeing juga akan menghantar buletin kepada syarikat penerbangan yang memperincikan isu tersebut dan memberi arahan kepada pekerja tentang cara mengenali serta bertindak balas terhadap situasi berkenaan sekiranya ia berlaku.

 

“Kami akan terus mengikut arahan FAA sementara jurutera kami berusaha menghasilkan kemaskini perisian seterusnya,” kata Boeing dalam satu kenyataan kepada AFP.

Gergasi aeroangkasa itu pada Isnin berkata ia telah “memaklumkan kepada semua pengendali 737 mengenai isu perisian di mana juruterbang mungkin tidak mempunyai akses kepada panduan penerbangan automatik semasa senario pendaratan tertentu.”

Boeing pada Jumaat menambah bahawa ia sedang berusaha merasmikan prosedur bersama syarikat penerbangan yang membolehkan juruterbang memulihkan panduan penerbangan automatik sekiranya gangguan itu berlaku.

Meskipun semakan FAA telah dibuat, kedua-dua pihak pengawal selia mahupun Boeing tidak menyatakan sama ada proses pensijilan bagi 737 MAX 10 akan disambung semula atau tidak.

Model ini merupakan yang terakhir daripada empat pesawat 737 MAX yang perlu menerima pensijilan pengawal selia untuk beroperasi.

Pentadbir FAA, Bryan Bedford, berkata pada sidang media Isnin lalu bahawa pesawat MAX yang telah disahkan oleh FAA setakat ini adalah selamat, tetapi “kami akan menangguhkan model 10 sehingga… kami berpuas hati bahawa tiada sebarang isu di sini.”

– AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Selepas Terbang Hampir 20 Jam Tanpa Henti Dari Perancis, Pesawat Ini Akhirnya Selamat Mendarat Di Australia
  • (Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY