Rakyat Malaysia Lakukan 6000 Tempahan Dalam Masa Sejam Pada Jualan 11.11 Tempoh Hari

Sudah dua hari promosi jualan dalam talian 11.11 berlalu, dan para pembeli sudah semestinya tidak sabar-sabar untuk menunggu ketibaan barangan yang sudah ditempah.

Untuk edisi kali ini, jumlah pembelian direkodkan pada kadar yang tinggi dan itu boleh dilihat dengan penjualan yang berjaya dijana syarikat China Alibaba yang memperoleh $5bilionĀ (~RM20 billion) hanya dalam masa 1 jam ia berlangsung.

Bagi pembeli di Malaysia, secara purata 6,000 tempahan telah dibuat dalam masa sejam dan ia 6 kali lebih tinggi berbanding biasa. Berdasarkan data yang dikumpul oleh Shopback Malaysia, pembeli tempatan banyak melakukan pembelian sekitar 12 tengah malam sehingga 12.59 pagi dengan purata 40 tempahan dilakukan dalam masa seminit.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 60% urusan jual beli dibuat melalui peranti mudah alih.



Antara barangan yang popular dibeli adalah dalam kategori fesyen, barangan bayi, dan juga barangan runcit dengan peningkatan 15% berbanding tahun lalu.

Difahamkan juga, rakyat Malaysia membelanjakan pada satu-satu tempahan adalah sekitar RM100 dan jumlah pembelian paling besar untuk satu transaksi adalah RM11,000 dibuat oleh oleh seorang pembeli.

Jadi pada promosi jualan tempoh hari, apakah barangan dan jumlah yang telah anda habiskan?

Sumber: Amanz.my dan Lowyat.net