Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS

Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS

Diterbitkan Oktober 24, 2017 oleh Helmi Samsuri

Teknologi sememangnya memudahkan urusan kita seharian, seperti contoh telefon pintar yang membantu kita berhubung dengan sesiapa juga tanpa mengira jarak lokasi.

Pun begitu, pihak yang tidak bertanggunjawab juga semakin “pintar” untuk memanipulasi kemudahan ini dengan melakukan jenayah penipuan. Hal ini boleh dilihat kepada jumlah kerugian yang disebabkan penipuan melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas yang menjangkau angka RM113.11 juta.

Berdasarkan statistik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia, sebanyak 4500 kes penipuan menerusi telefon telah dilaporkan pada tahun ini dan tahun lepas.

Lebih membimbangkan lagi adalah kes-kes tersebut meningkat sehingga 112% pada 10 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Diharapkan anda semua yang memiliki peranti mudah alih ini lebih peka dan berwaspada dengan setiap panggilan mahupun SMS yang diterima kerana penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan wang anda.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY