Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakuten Kobo Tawar Platform e-Buku Dan Buku Audio Baharu Di Malaysia

Rakuten Kobo Tawar Platform e-Buku Dan Buku Audio Baharu Di Malaysia

Diterbitkan September 15, 2022 · Dikemas kini September 15, 2022 oleh ariff bukhari

Rakuten Kobo dengan Ingram Micro Malaysia telah menjalinkan kerjasama strategik dengan mengumumkan pelancaran rangkaian e-Pembaca dan gedung buku tempatan di Malaysia, kobo.com.

Kini, peminat-peminat buku di Malaysia boleh mendapatkan berjuta-juta e-Buku dan buku audio di laman sesawang tersebut termasuklah berpuluh ribu tajuk dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil.

Berkaitan

  • GoPro Hero 11 Dan Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM1,979
  • Sebab Kenapa 'Scalper' Kad TNG Lebih 'Busuk' Dari 'Scalper' Konsol Atau GPU
  • The Sims 4 Akan Percuma Untuk Dimuat Turun Bermula Oktober Depan

Kerjasama ini turut memperkenalkan rangkaian lengkap e-Pembaca Kobo: Kobo Nia 6”, Kobo Libra 2 7”, Kobo Sage 8”, dan yang terbaru, Kobo Clara 2E yang menyediakan cara yang lebih mesra alam untuk membaca dan mendengar.

Dengan kerangka luar yang 85 peratus diperbuat daripada plastik kitar semula — termasuk 10 peratus plastik yang menuju ke laut — Kobo Clara 2E ialah peranti Kobo yang paling mesra alam setakat ini.

Rakuten Kobo Tawar Platform e-Buku Dan Buku Audio Baharu Di Malaysia

Kobo Clara 2E dilengkapi dengan skrin tanpa silau bersaiz 6” HD E Ink Carta 1200, dengan ciri Mod Gelap dan ComfortLight PRO yang mengurangkan cahaya biru.

Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth untuk mendengar Buku Audio Kobo dan merupakan e-Pembaca kalis air pertama dari Kobo (tempoh kalis air sehingga 60 minit dan sehingga kedalaman dua meter air).

Kobo Clara 2E -SleepCovers

Didatangkan dengan storan terbina 16GB sekaligus membolehkan pembaca memuatkan sehingga 12,000 e-Buku atau 75 Buku Audio di dalamnya.

 

Kobo Clara 2E baharu boleh didapati di pasaran tempatan menerusi pengedar sah mulai awal September ini dan dijual pada harga MYR699.

Kobo Clara 2E SleepCover-SeaGlassGreen-Back

Kobo Nia, Kobo Libra 2 dan Kobo Sage masing-masing ditawarkan pada harga MYR499, MYR929 dan MYR1,299. 

Kesemua model peranti e-Pembaca Kobo ini boleh didapati menerusi laman rasmi kobo.com dan peruncit terkemuka seperti Mono Digital, All IT Hypermarket, Flash Gadgets, Quantum Gadgets, Popular Malaysia, dan SMB + Enterprise.

Sumber: Media Rakuten Kobo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY