Quibi, Platform Penstriman Baru Dengan Durasi Video Maksimum 10 Minit

Quibi, sebuah platform penstriman baru yang telah direka khusus bagi telefon pintar, telah dilancarkan pada 6 April. Platform ini dimiliki oleh Jeffrey Katzenberg, yang merupakan bekas CEO Dreamworks Animation. Berbeza dengan platform penstriman sedia ada, Quibi menawarkan kandungan video pendek dengan durasi tidak melebihi 10 minit bagi setiap episod.

Quibi, singkatan dari "Quick Bites" menyasarkan penonton berumur 25 hingga 35 tahun yang banyak menghabiskan masa terluang dengan menonton kandungan di Youtube, Instagram, Snapchat dan Tiktok. Dengan aplikasi ini, video yang disiarkan dapat ditonton secara mendatar atau menegak.

Bagi kandungan, Quibi terbahagi kepada tiga kategori iaitu, Movies in Chapters, cerita panjang yang diceritakan dalam episod dengan durasi 7 hingga 10 minit. Seterusnya, Unscripted & Docs yang meliputi makanan, fesyen, perjalanan, haiwan, kereta, muzik, sukan, komedi, dokumentari dan banyak lagi, dengan setiap episod tidak melebihi 10 minit. Daily Essentials pula adalah berita, hiburan atau inspirasi dari pelbagai jenama atau penerbit dengan durasi 5-6minit.

Quibi

Pada masa ini, 50 program telah tersedia termasuk Survive, Most Dangerous Game, Thanks a Million, Punk'd, When the Streetlights Go On dan banyak lagi. Dijangka lebih 125 siri akan ditambah pada tahun pertama platform ini beroperasi.

Aplikasi Quibi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store dengan yuran langganan RM35.90 sebulan. Untuk mencuba aplikasi ini secara percuma, Quibi menawarkan 90 hari tempoh percubaan.

Sumber: Quibi