Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Snapdragon 845: Kuasa Yang Lebih Cekap Dan Pemprosesan Imej Yang Lebih Hebat

Qualcomm Snapdragon 845: Kuasa Yang Lebih Cekap Dan Pemprosesan Imej Yang Lebih Hebat

Diterbitkan Disember 6, 2017 oleh Wiser MY

Qualcomm, pembuat cip dari San Diego telah mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Snapdragon 845. Pengumuman ini dibuat mereka di Tech Summit, Maui. Walau bagaimanapun, butiran mengenai cip ini masih lagi kabur buat masa sekarang.

Snapdragon 845 (SD 845) merupakan kesinambungan dari cip mereka tahun lepas, SD 835. Cip terbaru ini dikatakan akan membawa peningkatan dari segi pengurusan penggunaan kuasa, pemprosesan imej dan sokongan gigabit LTE.

Seperti biasa, kebanyakkan peranti telefon pintar utama tahun hadapan akan menggunakan SD 845 dalam peranti mereka. Setakat ini CEO Mi telah mengesahkan yang telefon pintar utama mereka selepas ini akan menggunakan SD 845. Namun tiada khabar rasmi mengenai peranti mana dahulu yang akan menggunakan cip terbaru ini.

Qualcomm Snapdragon 845: Kuasa Yang Lebih Cekap Dan Pemprosesan Imej Yang Lebih Hebat

SD 845 akan dikilangkan oleh Samsung dengan menggunakan proses teknologi 10nm. Dalam satu video yang dikeluarkan oleh Qualcomm, mereka menjanjikan rakaman 360° dalam kualiti ‘Hollywood’ dan pengurusan bateri yang lebih baik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY