Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-04T155417.188

Lebih 20 Buah ‘Copilot+ PC’ Akan Tersedia, Semua Guna Siri Cip Snapdragon X

Diterbitkan Jun 4, 2024 oleh Muhd Idham

Seperti yang telah diwara-warakan sebelum ini, presiden Qualcomm, Cristiano Amon telah tampil di pentas COMPUTEX 2024 bersama beberapa ketua pembangun peranti PC di seluruh dunia bagi menyambut kejayaan perubahan dalam industri komputer.

Kejayaan yang dimaksudkan adalah penggunaan siri cip Snapdragon dalam peranti-peranti PC Windows Copilot+ yang mampu memberikan prestasi CPU 51 peratus lebih pantas dan 65 peratus lebih kurang penggunaan kuasa.

Senarai di bawah adalah antara peranti komputer riba yang termasuk dalam barisan 20 buah produk Copilot+ PC yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X Elite dan Plus.

  • Microsoft Surface Pro
  • Microsoft Surface Laptop 13
  • Lenovo Yoga Slim 7x 14
  • Lenovo ThinkPad T14S
  • Dell Latitude 5455
  • Dell XPS 13
  • HP Elitebook Ultra
  • Samsung Galaxy Book4 Edge 16
  • Acer Swift 14 AI
  • ASUS Vivobook S 15

Sehubungan dengan itu juga, ketersediaan semua peranti PC yang dinyatakan di atas mahupun yang akan menyusul boleh didapati di kedai rasmi setiap jenama bermula 18 Jun 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Siri 'AiO PC' Acer Aspire C Kini Dilancar Dengan Intel AI Dan Kamera 1440p
  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • Cukai Jalan EV Akan 85% Lebih Murah Dari Kadar Sedia Ada, Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Sumber: Siaran Media Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY