Baru-baru ini, @evleaks telah mendedahkan spesifikasi cip pemprosesan baharu bagi kelas pertengahan daripada Qualcomm sendiri – Snapdragon 6 Gen 1.
https://twitter.com/evleaks/status/1563296682455969792
Walaupun kita tidak pasti akan kesahihannya, tetapi skema penamaan cip daripada Qualcomm bergerak sekitar perkataan ‘Gen‘ – Snapdragon 8 Gen 1, Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 7 Gen 1.
Berdasarkan gambar spesifikasi di atas, antara yang kita boleh simpulkan Snapdragon 6 Gen 1 ini:
- berasaskan pemprosesan 4nm
- menyokong ketersambungan 5G
- menyokong teknologi Qualcomm’s Quick Charge 4+
- menyokong resolusi FHD+ pada kadar segar semula 120Hz
Setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Qualcomm berkenaan cip ini. Tetapi kita mungkin akan mendengar perkhabaran cip ini semasa pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 di Hawaii pada November nanti.
Sekiranya benar, nampaknya telefon berkelas pertengahan nanti pasti bakal menjadi jauh lebih baik berbanding sedia ada.
Sumber: evleaks