Qualcomm Perkenal 3 Cip Baru, Snapdragon 720G, 662 Dan 460

Pada tahun 2020 ini, syarikat teknologi tidak berhenti bercakap mengenai 5G. Namun, Qualcomm yang merupakan syarikat gergasi bagi cip pemprosesan telah memperkenalkan tiga cip pemprosesan kelas pertengahan dan rendah bagi sambungan 4G. Syarikat tersebut telah mengumumkan cip baru iaitu Snapdragon 720G, 662 dan 460 dalam acara yang berlangsung di New Delhi.

Cip baru tersebut mempunyai sambungan Bluetooh 5.2 dan Wi-Fi 6, serta teknologi untuk meningkatkan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan kemampuan fotografi.

Snapdragon 720


Xiaomi adalah salah satu syarikat yang merancang untuk menggunakan 720G, yang ditujukan untuk telefon permainan. Cip pemprosesan ini adalah sama dengan 765G, yang memberikan telefon permainan dengan sambungan 5G. Selain itu, realme juga mengatakan mereka akan menggunakan cip 4G baharu dari Qualcomm pada tahun ini.

Gambar: Qualcomm

Perkataan "G" dalam cip Snapdragon 720G merujuk kepada pemfokusan pada "gaming". Cip ini juga memuatkan Qualcomm Hexagon 692 DSP untuk operasi AI pada peranti. Selain itu, ia ditambah dengan sokongan rakaman video 4K dan paparan berkelajuan tinggi dengan resolusi setinggi 2520 x 1080. Dengan modul cip X15 LTE, ia akan menyediakan kelajuan muat turun sehingga 800Mbps, iaitu jauh lebih pantas dari sambungan 5G yang ada pada masa ini.

Snapdragon 662


Bagi Snapdragon 662 yang juga mempunyai cip lapan teras, kelajuan tertinggi adalah sekitar 2.0GHz (berbanding 2.3GHZ pada 720G), dan modul cip X11 hanya boleh mencapai sekitar 390Mbps. Qualcomm mengatakan cip 662 ini akan menyokong konfigurasi kamera tiga kali ganda dan peralihan antara kamera akan menjadi lebih lancar. Ia juga dapat menyimpan imej dalam format fail HEIF.

Snapdragon 460


Sementara itu, Snapdragon 460 menggunakan modul cip yang sama, tetapi teras prestasi baru dan peningkatan binaan GPU. Ini bermakna, prestasi cip ini adalah 50% lebih cepat berbanding Snapdragon 450.

Peranti yang menggunakan Snapdragon 720G dijangka akan menemui pasaran pada suku tahun ini, serta peranti dengan cip 662 dan 460 akan tersedia menjelang akhir tahun 2020. Daripada 8 bilion sambungan selular tahun lepas, separuh darinya adalah menggunakan rangkaian 4G. Oleh sebab itu, mereka ingin terus menawarkan kepada pengguna pengalaman yang baik dari segi sambungan 4G.

Sumber: Qualcomm