Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Lancar Dragonwing FWA Gen 4 Elite – Platform FWA 5G Advanced Pertama Di Dunia

Qualcomm Lancar Dragonwing FWA Gen 4 Elite – Platform FWA 5G Advanced Pertama Di Dunia

Diterbitkan Mac 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Qualcomm telah mengumumkan Dragonwing FWA Gen 4 Elite, platform 5G Advanced FWA pertama di dunia yang dikuasakan oleh Qualcomm X85 5G Modem-RF. Platform ini menawarkan kelajuan muat turun sehingga 12.5 Gbps, sekali gus meningkatkan prestasi rangkaian dengan keupayaan AI termaju untuk pengalaman jalur lebar tanpa wayar yang lebih cekap dan pintar.

Dragonwing FWA Gen 4 Elite direka dengan pelbagai ciri canggih, termasuk kelajuan ultra-pantas dengan liputan 5G mmWave sehingga 14km, memastikan sambungan lebih stabil di kawasan jauh.

Selain itu, ia dilengkapi pemproses AI Edge dengan 40 TOPS kuasa pemprosesan, yang membolehkan AI mengoptimumkan sambungan 5G dan Wi-Fi secara pintar.

Qualcomm Lancar Dragonwing FWA Gen 4 Elite – Platform FWA 5G Advanced Pertama Di Dunia

Platform ini juga menyokong komunikasi satelit NTN serta teknologi Dual SIM Dual Active (DSDA) untuk prestasi agregasi dan pengurusan jarak jauh yang lebih baik.

Dengan pemproses empat-teras berkuasa tinggi serta keupayaan rangsangan rangkaian khas, Dragonwing FWA Gen 4 Elite mampu memberikan prestasi maksimum merentasi rangkaian 5G selular, Ethernet, dan Wi-Fi.

Menurut Gautam Sheoran, Naib Presiden Qualcomm, platform ini bukan sahaja menawarkan kelajuan tinggi dan kebolehpercayaan, malah mengurangkan kos berbanding jalur lebar berwayar, menjadikannya penyelesaian yang lebih fleksibel untuk masa depan.

Dragonwing FWA Gen 4 Elite kini sudah tersedia di pasaran dan mula dihantar kepada pelanggan. 

Berkaitan

  • Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen AI Dalam Kereta
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • LG Dan Qualcomm Melancarkan Sistem Pengurusan Bateri EV Dikuasakan Snapdragon
  • Qualcomm Perlihat Kemampuan Snapdragon X Di Snapdragon SEA Summit 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY