Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen AI Dalam Kereta

Qualcomm Dan Google Bekerjasama Untuk Bawa Gen AI Dalam Kereta

Diterbitkan Oktober 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Qualcomm baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) dalam kereta iaitu arahan suara. Dengan menggunakan platform Android Automotive OS (AAOS) milik Google dan cip Snapdragon Digital Chassis oleh Qualcomm, pengeluar kereta kini boleh mencipta kokpit digital AI yang lebih canggih.

Sistem baharu ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu suara pintar, peta interaktif dan kemas kini memandu masa nyata. Apa yang menarik, pengeluar kereta boleh membangunkan pembantu suara AI tersendiri tanpa perlu disambungkan kepada telefon pintar.

Selain itu, Qualcomm turut memperkenalkan dua cip baharu Snapdragon Cockpit Elite untuk papan pemuka digital dan Snapdragon Ride Elite bagi ciri pemanduan sendiri. Dengan ini, kereta akan lebih pintar dan mudah diakses melalui arahan suara.

Langkah ini mengikut jejak Volkswagen yang mengumumkan pada CES 2024 bahawa mereka akan menggunakan ChatGPT dalam model kereta baharu mereka. Sejak pelancarannya, AAOS kini menyokong pelbagai jenama kereta termasuk Chevrolet, Honda, Volvo, dan Rivian.

Kerjasama ini pastinya memberi manfaat besar kepada industri automotif dengan kemajuan AI yang selaras dengan perkembangan global.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lagu Dalam Kemas Kini Status
  • BYD Bekerjasama Dengan 'Black Myth: Wukong' Untuk Tingkatkan Pemasaran
  • WhatsApp Perkenal Cara Lebih Mudah Urus Dan Tambah Kenalan
  • Syarikat Kereta Api Jepun Hasilkan 'Payung Kalis Pisau' Untuk Keselamatan Penumpang

Sumber: qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY