Menurut laporan WinFuture, sistem cip yang masih belum dilancarkan itu mungkin akan hadir dengan teknologi unit pemprosesan neural(NPU). Teknologi ini penting bagi membolehkan fungsi kecerdasan buatan(AI) yang lebih baik berjaya diperolehi.
Langkah ini perlu diambil bagi menyaingi kepantasan AI yang ada pada sistem cip Kirin ketika ini. Untuk maklumat, NPU yang digunakan oleh Kirin 970 dilaporkan jauh lebih pantas berbanding sokongan AI yang ada pada cip Snapdragon 835 yang menggunakan Hexagon DSP.
Huawei menerusi HiSilicon Kirin 970 telah memperkenalkan teknologi berkenaan pada beberapa peranti mereka sebelum ini. Antara peranti yang menikmatinya ialah Honor 10, Huawei P20 Pro dan Mate 10 Pro.
Selain daripada itu, laporan itu turut menyatakan bahawa Snapdragon 855 mungkin akan dipasarkan sebagai Qualcomm Snapdragon 8150. Ia berikutan beberapa laporan yang terdedah sebelum ini, di mana Qualcomm mahu memperkenalkan cip Snapdragon dengan empat angka, berbanding tiga angka sekarang.
Berbeza dengan Huawei(atau HiSilicon), Qualcomm masih belum membuat sebarang kenyataan tentang peranti pertama yang akan menggunakan sistem cip Snapgragon 855 atau 8150 mereka ini. Sama-sama kita nantikannya.
Sumber
Berkaitan
- Alienware Melancarkan Komputer Riba VR Dengan Grafik Nvidia GeForce GTX siri ke 10
- Perkhidmatan Unifi, Streamyx Di Sibu & Tanjung Manis Selesai Dibaik Pulih
- Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Selfie Akan Dilancarkan 23 Januari Ini
- Cara Untuk Elak Tol Menggunakan Google Maps
- Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Faedah 0% Apabila Guna Kredit Aeon
- Xiaomi Black Shark 2 Muncul Di Geekbench, Bakal Dirasmikan 23 Oktober Ini
- HMD Global Lancar Nokia 7 Plus Bagi Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1,699
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Jom Ke PlayStation Experience 2017 South East Asia