Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qalbox Original stars Mat Dan, Tuan Saidi and Puan Zaliah, and Dr. Syazwan Basil were also present at the press conference.

Qalbox Umum Kolaborasi Bersama Astro, Tawar Langganan Percuma Serta Akses Premium Muslim Pro Selama 2 Bulan

Diterbitkan Ogos 3, 2023 oleh ariff bukhari

Perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan kandungan Islam, Qalbox daripada Muslim Pro mengumumkan kolaborasi bersama Astro untuk menyiarkan kandungan yang berfokuskan Muslim secara eksklusif.

Menerusi kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.

Selepas tempoh 2 bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka dengan tawaran eksklusif.

Step by Step Guide – How to Access Qalbox on Ultra _ Ulti Box

Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini pula boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03-95433838.

Muslim Pro melancarkan Qalbox di Kuala Lumpur pada Disember 2022 lalu.

Qalbox ialah perkhidmatan penstriman hiburan video atas permintaan (SVOD) langganan global yang menawarkan pelbagai kandungan yang memaparkan identiti dan budaya Muslim pada platform penstriman.

Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2-dalam-1, membolehkan pengguna mengakses ratusan jam filem Qalbox, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • DJI Lancar Osmo Action 4 Dengan Sensor Lebih Besar
  • Pelanggan Unifi 1Gbps Dan 2Gbps Kini Boleh Tonton Netflix Tapi Harga Pun Dah Lain

Sumber: Siaran media Astro

(Untuk lebih banyak produk Astro, layari Shopee Mall Astro Official Store)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY