Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

China Gabungkan Teknologi Laser Dan LiDAR Untuk Bunuh Nyamuk

Posted on Julai 15, 2025Julai 18, 2025

Sebuah syarikat startup China memperkenalkan Photon Matrix, peranti laser canggih yang mampu membunuh sehingga 30 ekor nyamuk sesaat.

Dibangunkan oleh Jim Wong dari Changzhou, China, ia menggunakan gabungan teknologi LiDAR dan laser untuk mengesan serta menembak nyamuk dalam masa 3 milisaat.

Tidak seperti cubaan terdahulu yang gagal kerana berisiko terhadap keselamatan mata, Photon Matrix kini dilengkapi ciri keselamatan pintar yang akan berhenti berfungsi jika mengesan manusia atau haiwan.

Pembangunnya mendakwa, alat ini selamat digunakan di dalam mahupun luar rumah, kalis air serta menyokong power bank untuk beroperasi sehingga 16 jam.

Walaupun masih dalam fasa pembangunan yang dibiayai secara pendanaan ramai (crowdfund) , ia berpotensi menjadi alternatif bebas bahan kimia untuk kawalan vektor seperti denggi dan malaria.

Setakat semakan terkini di laman INDIEGOG, dana terkumpul bagi pembiayaan pembangunan produk ini adalah lebih daripada RM3.6 juta dengan tinggal 30 hari lagi sebelum kempen ditutup.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress