Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2024_scam

Pusat Respons Scam Kebangsaan Terima 122,603 Aduan Sehingga Ogos

Diterbitkan Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) beroperasi mulai 12 Oktober 2022 sehingga Ogos 2024, sebanyak 122,603 panggilan diterima merangkumi aduan berkaitan kes penipuan dan khidmat nasihat kepada orang ramai.

Kementerian Kewangan menjelaskan berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan keperluan untuk bank memastikan kawalan dan standard keselamatan aktiviti perbankan dalam talian sentiasa diperkukuh selaras dengan amalan industri terbaik. Langkah ini telah pun menunjukkan impak positif…berjaya membantu institusi kewangan menyekat transaksi tidak sah dan mencurigakan bernilai RM383 juta bagi tahun 2023.

Trend kes penipuan secara phishing (pancingan data) dan malware (perisian hasad) yang dilaporkan kepada NSRC juga telah menunjukkan penurunan.

MOF menjelaskan BNM akan meneruskan usaha untuk mengukuhkan lagi keselamatan perkhidmatan internet dan mudah alih, antaranya langkah menambah baik dasar Electronic Know Your Customer (e-KYC) bagi mengukuhkan pengesahan identiti untuk membanteras jenayah akaun keldai.

Dalam pada itu, BNM dan institusi kewangan juga telah membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) untuk memperkukuh keupayaan pengesanan dana oleh NSRC.

Berkaitan

  • NSRC Ditubuhkan, Ini Talian Yang Boleh Dihubungi Jika Berdepan Penipuan Siber
  • Portal Fraud Kebangsaan Dilancarkan Untuk Perkukuh Operasi NSRC
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY