Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Data AI Cipta “Pulau Haba”, Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran – Kajian

Pusat Data Bebaskan 286 Juta Tan CO2 Pada 2025, Lebih Daripada Jangkaan

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh ariff bukhari

Pusat data, yang pengembangannya kini dipacu hebat oleh lonjakan kecerdasan buatan (AI), mempunyai jejak karbon yang jauh lebih besar daripada apa yang dianggarkan sebelum ini, menurut satu kajian pada Selasa.

Premis bersaiz besar dan sangat dahaga tenaga ini digunakan untuk menempatkan infrastruktur IT kritikal seperti pelayan (server).

Ia sedang dibina di seluruh dunia oleh pelbagai syarikat dan negara memandangkan aplikasi AI menelan kuasa pengkomputeran yang semakin gergasi.

Faktor ini telah menyumbang kepada peningkatan pelepasan gas rumah hijau mereka.

Kajian baharu oleh Allianz Trade menganggarkan bahawa pusat-pusat data ini telah membebaskan sebanyak 286 juta tan karbon dioksida (CO2) pada tahun 2025.

Menurut kumpulan itu—yang merupakan cabang insurans kredit perdagangan bagi syarikat insurans global Allianz—jumlah tersebut adalah 57 peratus lebih tinggi daripada anggaran yang dibuat oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Laporan itu turut mendedahkan bahawa AI kini menyumbang antara 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan penggunaan elektrik di pusat data, dan bahagian ini dijangka boleh melonjak sehingga 40 peratus menjelang tahun 2030.

“Pusat data kini berkembang daripada sekadar faktor terpencil menjadi pemacu struktur kepada permintaan bekalan elektrik di banyak wilayah,” kata Patrick Hoffmann, ahli ekonomi iklim kanan di Allianz.

Tanpa langkah untuk menyahkarbonkan grid kuasa, pelepasan daripada pusat data akan meningkat lebih dua kali ganda menjelang tahun 2030.

Ini sekali gus boleh mengakibatkan kerugian iklim tahunan yang dianggarkan mencecah $154 bilion (sekitar RM723 bilion)—meningkat daripada $68 bilion pada hari ini, kata laporan itu.

Kerosakan iklim yang berkaitan secara langsung dengan beban kerja AI sahaja dijangka boleh melebihi $50 bilion menjelang tahun 2030.

Bukan itu sahaja, pusat data turut memberi tekanan yang amat besar kepada sumber semula jadi.

Laporan itu menyatakan premis-premis ini mungkin memerlukan antara 1.3 hingga 1.8 trilion liter air menjelang tahun 2030, iaitu jumlah yang setara dengan penggunaan tahunan bagi seluruh negara Switzerland.

Walau bagaimanapun, kuasa pengkomputeran yang sama boleh menghasilkan tahap pelepasan yang sangat berbeza bergantung kepada sumber tenaga elektrik yang digunakan.

Di India, pelepasan yang dikaitkan dengan elektrik melebihi 600 gram CO2 bagi setiap kilowatt-jam (kWh).

Sebaliknya, jumlah itu adalah kurang daripada 30 gram di Norway atau Sweden, di mana penjanaan kuasa mereka sebahagian besarnya telah dinyahkarbonkan.

Menurut Allianz Trade, hampir 70 peratus daripada pelepasan pusat data global ketika ini tertumpu di Amerika Syarikat dan China, yang merupakan dua negara peneraju utama dalam arena AI dunia. – AFP

Berkaitan

  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • New York Mohon Sekat Pembinaan Pusat Data Baharu Selama Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY