Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AWS Lancar Wilayah Infrastruktur Di Malaysia

Pusat Data Amazon Di UAE Terbakar

Diterbitkan Mac 3, 2026 oleh ariff bukhari

Cabang perkhidmatan awan Amazon memaklumkan pada Isnin bahawa ia sedang berusaha memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di beberapa bahagian Asia Barat, selepas salah satu pusat datanya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan telah terkena “objek”.

Amazon Web Services (AWS) menyatakan kemudahan di UAE itu mengalami “gangguan bekalan kuasa setempat” dan “pemulihan penuh… dijangka mengambil masa beberapa jam lagi”, menurut kenyataan di laman webnya sekitar 0900 GMT.

Abu Dhabi dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu merupakan antara bandar Teluk yang terjejas akibat serangan sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, yang dilaporkan mengorbankan pemimpin tertinggi Iran serta beberapa pegawai kanan lain.

Menurut AWS, anggota bomba telah menutup talian kuasa dan generator di sebuah fasiliti AWS di UAE selepas “objek… menghentam pusat data, mencetuskan percikan api dan kebakaran”, berdasarkan makluman yang dimuat naik sekitar 1740 GMT pada Ahad.

AWS ialah penyedia pengkomputeran awan terbesar dunia, bersaing dengan Microsoft Azure dan Google Cloud dalam menawarkan infrastruktur yang menyokong aplikasi dan laman web popular, selain memperkasa teknologi AI generatif.

Unit awan itu menasihatkan pelanggan supaya membuat sandaran (backup) data penting dan memindahkan operasi mereka ke pelayan AWS di lokasi lain di seluruh dunia.

Sementara itu, satu lagi wilayah AWS yang berpangkalan di Bahrain turut terjejas akibat gangguan bekalan elektrik pada Isnin, menurut kenyataan syarikat sekitar 1040 GMT. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Amazon Bakal Buang 16,000 Pekerja Di Seluruh Dunia
  • Vietnam Kuat Kuasakan Undang-Undang AI Pertama Di Asia Tenggara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
©2026 WISER.MY