Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Diterbitkan September 10, 2024 oleh Amalina Athman

Tesla Malaysia mengumumkan pembukaan pusat servis baharunya di Pulau Pinang hari ini bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat di wilayah utara Malaysia.

Pengarah wilayahnya Isabel Fan berkata ia akan menjadi pusat servis kedua Tesla di negara ini susulan penubuhan pusat servis pertama di premis yang sama di ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Pusat servis di Pulau Pinang adalah pelaburan kami supaya pelanggan tidak perlu berasa bimbang sekiranya mereka perlu memeriksa atau membaiki kereta.

Dalam pada itu, Fan berkata pemilik Tesla jarang memerlukan kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis kerana kebanyakan penyelesaian boleh disampaikan kepada pelanggan secara dalam talian.

Today marks 2 significant milestone for Tesla Malaysia in Penang.

📌First Service Location in Mainland, Penang.
📌First V4 Supercharger in Penang Island at Gurney Plaza.

The new facility provides enhanced service facilities for Tesla owners in Penang and the Northern region. pic.twitter.com/qlo7uYgc4s

— Tesla Malaysia (@Tesla_Malaysia) September 10, 2024

Menurutnya, pusat servis yang terletak di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai itu menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam dan dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Bermula 12 September, pemilik Tesla baharu juga boleh menerima penyerahan kereta di Pulau Pinang dan tidak perlu ke Kuala Lumpur untuk urusan pengambilan kenderaan.

Dalam perkembangan lain, Tesla turut melancarkan Stesen Pengecas V4, yang terletak di aras letak kereta bawah tanah pusat beli-belah Gurney Plaza, dengan penambahan 12 Stesen Pengecas Super.

Berkaitan

  • Tesla Model 3 Baharu Dan SUV Model Y Kini Boleh Dimiliki Serendah RM81 Sehari Selama 5 Tahun
  • Gen Z Di AS Tidak Lagi Memandang Tesla Sebagai Jenama Yang "Cool" - Kajian
  • Tesla Malaysia Tawar Diskaun Lebih RM30 Ribu Untuk Model Y Prestasi
  • Tesla Lancar "Giga-Train", Kereta Api Berkuasa Bateri Sepenuhnya Dengan Tambang Percuma

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY