Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol PLUS Jambatan Pulau Pinang

Pengguna Jambatan Pulau Pinang Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit

Diterbitkan Mac 16, 2024 oleh Amalina Athman

Pengguna Jambatan Pulau Pinang kini boleh melakukan transaksi tol menggunakan sistem pembayaran terbuka dengan kad debit atau kad kredit bank, selain daripada kad Touch ‘n Go dan RFID.

Berkaitan

  • Pelaksanaan Pembayaran Terbuka Kutipan Tol Kini Rasmi, Ini Senarai Tol Terlibat
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Menurut PLUS Malaysia, transaksi tol dengan sistem pembayaran terbuka boleh dibuat di lorong yang mempunyai papan tanda logo MyDebit, Visa dan MasterCard.

Lorong berkenaan akan menyediakan dua jenis peranti – peranti kad Touch ‘n Go dan peranti MyDebit-Visa-Mastercard.

Pengguna boleh menyentuh kad debit atau kad kredit pada peranti MyDebit-Visa-Mastercard untuk transaksi tol, di mana bayaran tol akan ditolak dari baki kad debit atau kad kredit mereka.

Dengan pelaksanaan ujian rintis sistem pembayaran terbuka, pengguna kini mempunyai lebih mod pilihan untuk membayar tol di lebuh raya terlibat.

Dalam pada itu, penduduk, pekerja atau pelajar yang menetap di Pulau Pinang juga boleh menikmati diskaun 20% dengan mendaftar kad bank atau RFID. Layari portal Jimat untuk maklumat lanjut.

Sumber: PLUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY